KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan minat belian berterusan apabila pelabur kembali menaruh keyakinan terhadap pasaran, yang dipengaruhi berita positif daripada Bank Pusat Eropah (ECB), kata peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 6.56 mata untuk ditutup pada 1,624.55 selepas dibuka 0.98 mata lebih tinggi pada 1,618.97.
Indeks Kewangan menokok 9.54 mata kepada 14,509.81, Indeks Perusahaan menambah 12.65 mata kepada 2,818.39 dan Indeks Perladangan meningkat 15.53 mata kepada 8,415.63. - Bharian.
Kesian kat warga Felda yang 'terpaksa' beli saham FGVH, terutama sekali yang beli pasai tertipu dengan 'janji palsu' Felda yang kata peneroka akan dapat untung berlipat kali ganda.
Walaupun Bursa Malaysia dilaporkan menokok dan meningkat dan ditutup tinggi termasuk Indeks Perladangan yang meningkat 15.53 mata tapi harga saham FGVH tetap jugak turun.
Semalam saham FGVH ditutup pada RM4.77, cuma tinggal RM0.22 sen saja lagi lebih tinggi dari harga tawaran runcit RM4.55 yang peneroka beli.
Bawah ni rupa graf harga saham FGVH terkini yang semakin 'menarik'.
Padan muka Najib. Dia ingat dengan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia warga Felda akan bertambah sayang kat dia dan Umno BN pasai boleh bagi untuk berlipat kali ganda. Tapi dengan harga yang macam tu taktau la pulak kalau ada jugak warga Felda yang bertambah sayang kat Najib.
Taktau la pulak kalau Najib berani bubar parlimen dalam keadaan harga saham FGVH macam tu. Dengan 54 kawasan Parlimen yang ada tanah rancangan Felda memang hampir pasti Umno BN akan tumbang PRU13 kalau peneroka Felda ramai-ramai buat demonstrasi menggunakan kertas undi.
Nasib baik la PKNK yang dipengerusikan oleh Ust Azizan Menteri Besar Kedah dah jual saham FGVH tu. Aku tak sanggup nak bayangkan kalau PKNK masih pegang saham FGVH dan harga saham tu terus jatuh sampai di bawah harga tawaran runcit.
Nasib baik la Ust Azizan tak betul-betul 'keras kepala' macam sangkaan sesetengah golongan. Kalau tak memang masak la kena belasah dan tak mustahil akan ada golongan dalam PAS sendiri yang akan anjurkan demonstrasi besar-besaran suruh Ust Azizan letak jawatan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis