Awat pulak Mahathir yang gelabah dengan RCI? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 10, 2012

Awat pulak Mahathir yang gelabah dengan RCI?

Malaysiakini melaporkan:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.

"Pembangkang akan mengatakan perkara ini dimanipulasi dan jika tidak kerajaan yang akan dipersalahkan," katanya. - Mkini.
Naik kesian pulak baca komen Dr. Mahathir pasai RCI tu sampai terpaksa keluarkan sifir mudah yang tak berapa nak cerdik pasai apa RCI untuk siasat pendatang asing di Sabah tu tak perlu.

Semalam Malaysiakini melaporkan:
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini, beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia. - Mkini.
Malang bagi Dr. Mahathir bila Timbalan Ketua Menteri Sabah sendiri yang dengan kadar yang cukup segera, persoalkan sifir dia tu.

Borneo post melaporkan:
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.

“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.

Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah. - BorneoPost.
Memang tak heran pun kalau Dr. Mahathir gelabah bewak dengan RCI ni, pasainya kalau ada penyiasatan terpeinci tentu punya nama Dr. Mahathir akan terkait sama. Katanya ada yang kata ada bukti yang skandal MyKad di Sabah ni adalah dalam pengetahuan dan pemantauan Dr. Mahathir malah ada yang kata semua tu adalah perancangan Dr. Mahathir sendiri.

Berapa lama boleh sorok kerja CELAKA di Sabah tu. Tak kira la atas apa alasan pun, tindakan bagi kerakyatan secara tak ikut peraturan tu memang salah terutama sekali kalau kerja CELAKA tu dibuat untuk pastikan kemenangan dalam pilihanraya.

Tak lama dah kut, cerita sebenar berkenaan isu skandal MyKad ni akan terbongkar sepenuhnya dan mungkin masa tu takdak sapa lagi kut yang sanggup sebut nama Dr. Mahathir dengan penuh bangga dan penghormatan.

[Sumber imej: WikiSabah]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...