PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.
Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.
Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel. - Sinarharian.
Yang ni memang kompon CELAKA lagi HARAM JADAH.
Yang pertama sekali atlit yang konon "mempunyai masa depan yang baik" ni memang dah sah-sah CELAKA HARAM JADAH, merogol budah perempuan bawah umur. Tak kira walaupun suka sama suka sakata bawah umur tetap dianggap merogol.
Yang tak kurang tahap CELAKA lagi HARAM JADAH adalah 3 hakim berkenaan yang sebulat suara buat keputusan tu.
Tak ka CELAKA bila digunakan ayat "kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik".
Kalau tergedik-gedik sangat nak lepaskan perogol tu atas apa sebab sekali pun, tolong la cari alasan yang relevan sikit. Cuma mungkin yang masalahnya, ada ka alasan yang relevan sikit tu...
Aku yakin, semua orang tak puas hati dengan keputusan hakim ni kecuali mungkin keluarga atlit yang kononnya "mempunyai masa depan yang baik" tu, mungkin jurulatih dan pegawai sukan berkenaan yang yakin atlit tu "mempunyai masa depan yang baik" dan juga mungkin orang yang 'seprofesion' dengan atlit merangkap perogol kanak-kanak tu. Bukan sebagai bowler tapi sebagai PEROGOL KANAK-KANAK.
[Sumber: WhoTalking] |
Kecuali la kalau sebenarnya Noor Afizal langsung tak buat kerja celaka tu...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis