SPR bagi alasan konon pasai wala' kepada fatwa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 12, 2012

SPR bagi alasan konon pasai wala' kepada fatwa?

Kalau baca secara tersurat nampak macam takdak apa-apa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR ni, tambah-tambah kalau orang bukan aktivis politik yang baca, tapi bagi orang politik, tambah-tambah politik Asal Bukan Umno (ABU) akan nampak jelas macam SPR dah sangat bersedia untuk jadi sebahagian dari jentera kempen Umno BN.

Aku harap tafsiran aku silap tapi dengan puak-puak yang selalu sangat beraksi macam 'si anjing Umno' ni aku memang langsung tak boleh nak ber'khuznuz dzon'.

Nak buat macamana kalau Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR pun didakwa ada nombor keahlian Umo, walaupun depa nafikan tapi cara depa nafikan tu langsung tak meyakinkan.
Jadinya tak patut sangat kalau kita tak prejudis langsung dengan setiap keputusan yang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ni buat.

Sinarharian melaporkan:

[Sumber: Sinarharian]
Contoh yang dia bagi pun dah nampak yang Timbalan Pengerusi SPR ni langsung tak berusaha untuk dilihat tak berpihak.

Sinarharian juga melaporkan:
Beliau berkata, SPR akan bekerjasama dengan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau perkara terbabit agar ia dapat dielakkan.

Selain itu, SPR juga akan menurunkan kain rentang yang menyentuh peribadi calon parti, mengkritik keputusan mahkamah, mempertikaikan isu raja dan sensitiviti sesuatu kaum. - Ibid.
Dari segi hasrat yang nak dipersepsikan memang nampak cantik tapi dari segi perlaksanaan aku cukup yakin akan menguntungkan Umno BN dan menyusahkan Pakatan Rakyat. Tambah-tambah pulak bila dibantu oleh Polis dan PBT yang memang terbukti selama sentiasa menyebelahi Umno BN.

Mungkin ada yang rasa apa yang aku tulis ni mungkin terlebih sangat tapi hangpa kena faham dan kena akui yang PRU13 takkan sama macam PRU sebelum-sebelum ni, kalau PRU sebelum-sebelum ni pun polis dan PBT tak berapa nak boleh tak berpihak inikan pulak PRU13 yang dikatakan akan jadi  pilihanraya paling sengit dan paling kotor yang akan menentukan hidup mati Umno BN.

Tak mustahil bahan kempen berkaitan Bersih pun akan kena rampas jugak pasai Majlis Fatwa Kebangsaan pernah keluarkan kenyataan yang Himpunan BERS?H tu haram.

Dan tak mustahil Majlis Fatwa Kebangsaan pun akan beraksi macam 'si anjing Umno' masa kempen PRU13 nanti bekerjasama dengan SPR untuk pastikan Umno BN terus dapat pertahankan Putrajaya.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...