Majlis Fatwa Kebangsaan sebenarnya menghalalkan Bersih 3.0? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 07, 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan sebenarnya menghalalkan Bersih 3.0?

Kemarin Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hasil muzakarah depa dah keluarkan satu Fatwa baru. Fatwa yang dijaja bersungguh-sungguh terutama dalam berita TV yang kaitkan fatwa tu dengan himpunan Bersih 3.0

Teringin jugak nak tengok macamana rupa sebenar fatwa tu. Apa dalil yang depa guna dan apa hujjah yang depa guna.

Masalahnya, aku samapi sekarang tak jumpa lagi macamana 'matan' sebenar fatwa tu. Laman Web e Fatwa macam kebanyakkan laman web rasmi kerajaan memang tak boleh diharap, lebih kepada 'janji ada lawan web', nak harap sentiasa 'up to date' memang tak la.

Jadinya nak tak nak, terpaksa la sekadar bergantung kepada apa yang dilaporkan oleh media.

Malaysiakini melaporkan dari Bernama:
[Sumber: Mkini]
Kalau tengok kepada laporan Malaysiakini tu, nampak macam tak berapa nak kena kalau nak kata himpunan Bersih 3.0 tu HARAM. Pasainya demonstrasi Bersih 3.0 tujuannya cukup baik, nak bagi bersih. Tambah pulak himpunan Bersih 3.0 cuma nak "DUDUK dan BANTAH" di Dataran Merdeka.

Nak kata himpunan Bersih 3.0 mencetuskan huru-hara pun tak betul pasainya himpunan Bersih 3.0 peringkat negeri-negeri berlangsung dengan cukp aman. Yang jadi huru-hara di Kuala Lumpur tu cuma bila polis mula sembur air kimia dan tembak gas pemedih mata. Sebelum tu keadaan cukup terkawal. Boleh tengok himpunan gambar-gambar di MediaPerak.com

Kalau nak kata himpunan Bersih 3.0 melanggar undang-undang pun tak berapa nak tepat pasainya hak berhimpuan macam tu sebenarnya dijamin oleh perlembagaan.

Nak kata himpunan Bersih 3.0 tu berniat nak jatuhkan kerajaan melalui demonstrasi lagi la tak betui pasai itu cuma imiginasi Najib Rosmah saja. Himpunan Bersih 3.0 cuma mendesak untuk pilihanraya yang adil dan telus.

Jadinya sebagai kesimpulan, pada aku, memang tak sesuai langsung nak mengharamkan himpunan Bersih 3.0

Harakahdaily pulak melaporkan:
[Sumber: Hrkh]



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...