Ipoh: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang merangka kod etika peranan kerajaan sementara apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Draf kod itu kini di peringkat perbincangan akhir Jawatankuasa Khas SPR sebelum dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sebaik mendapat pandangan Peguam Negara, draf itu akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan menjadi satu peraturan baru.
"Kita perlu dapatkan kerjasama dan pandangan kerajaan sebelum kandungannya diumumkan kepada rakyat. Ia kerana kod itu bukan hanya untuk tempoh tertentu tetapi bagi semua pilihan raya selepas ini," katanya selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya di sini, semalam. - Bharian.
Boleh harap jugak ka rangka SPR ni? Bukan nak kata tapi dah selalu sangat dah pegawai-pegawai tertinggii SPR ni buat aksi macam 'si anjing Umno'.
Yang aku tak puashatinya pasai apa SPR sibuk nak tanya pandangan kerajaan tapi langsung tak teringin nak tanya apa pandangan rakyat. Padahal pandangan rakyat yang labih patut SPR ambik kira.
Apa pun pada aku ni pun satu lagi usaha nak 'mekap'nak tutup kedut dan parut yang banyak di mukaUmno BN nak bagi nampak macam muda dan menarik.
Yang mengarutnya bila awal-awal lagi Timbalan Pengerusi SPR ni kata:
“Dalam kerajaan sementara, sekiranya beliau Perdana Menteri, akan tetap jadi Perdana Menteri, Menteri Pertahanan akan tetap jadi Menteri Pertahanan, tapi ada perkara yang tak boleh buat sebagai pemimpin parti kerana yang bertanding dalam pilihan raya adalah parti dan konsep kerajaan sementara itu perlu dihormati,” katanya. - Ibid.Pasai apa tak tubuhkan badan lain untuk uruskan kerajaan sementara tu. Mungkin lebih sesuai ditubuhkan satu entiti lain untuk pegang kerajaan sementara yang mungkin sesuai dianggotai olehKetua Setiausaha Negara, Ketua Hakim, Ketua polis, Ketua tentera, ketua SPRM dan lain-lain ketua jabatan yang kritikal. mungkin jugak boleh masuk sama statesmen macam bekas Perdana Menteri dan sebagainya.
Kalau PM dan menteri kabinet jugak yang pegang kerajaan sementara baik tak payah dipanggil kerajaan sementara.
Berkaitan
- Kerajaan sementara: SPR disyor rangka kod etika - SinarHarian
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis