Seorang wartawan Sinar meminta aku memberi komen tentang apa yang berlaku dalam kejadian amuk di JPM Putrajaya. Tak ada yang special tentang permintaan tersebut. Biasa la.
Yang buat aku skeptikal sikit ialah aku diminta respons tentang soalan yang disediakannya…”penyalahgunaan blog oleh bloggers”. Aku tanya pasai apa dia tanya macam tu? Sebabnya, dah ada dua orang blogger yang ‘menyalahgunakan blog’. Uncleseekers dan Jayanegara.
Apa yang menyebabkan aku skeptikal dengan soalan tersebut adalah kerana aku tahu macam mana cara reporter bekerja untuk suratkhabar. Reporter cuma disuruh mendapatkan jawapan-jawapan kepada soalan yang disediakan oleh Editor.
Untuk satu artikel, 3-4 orang reporter akan disuruh untuk mendapatkan berita, dan kemudian disusun oleh editor untuk menjadi artikel. Apa yang terhasil ialah karangan editor…bukan apa yang hendak ditulis oleh wartawan.
Editor pulak, menerima arahan-arahan dari pihak atasan untuk menulis apa yang diperlukan oleh Ketua Pengarang. Ketua Pengarang pula terpaksa tunduk kepada pemerintah. Manakala pemerintah pula mendapat nasihat daripada kumpulan pemikir yang terdiri dari pakar-pakar strategi.
Sebagai contoh, cuba tengok macam mana The Star menghasilkan berita tentang Jayanegara ini. (disini)
Ada 4 orang wartawan yang membuat liputan tentang kes ini. Masing-masing mendapat secebis berita dan akhirnya dicantumkan oleh editor supaya menjadi satu berita.
Sedutan utama berita ini dan diletakkan diatas sekali ialah, ” Khairul Afandi merupakan seorang yang mengaku Utusan Tuhan dan mengalami masalah mental.”
Cuba tengok dalam sinar pula.
Pi baca kat Utusan, Bernama dan tengok RTM dan TV3..semuanya serentak dan senada mengatakan bahawa Khairul Afandi atau Jayanegara itu mengaku sebagai Imam Mahadi.
Cuba baca pulak blog Jayanegara dan cuba cari..adakah ayat-ayat yang ditulis bahawa “Jayanegara mengaku sebagai Imam Mahadi?” Tak ada!!
Matlamat para strategist dan propagandist ialah untuk mencipta persepsi…bukan menyampaikan kebenaran. Lagipun..kebenaran itu hanyalah persepsi. Kalau majoriti percaya sesuatu berita itu betul..maka betul lah ia. Kalau 9 kata “ya” dan 1 kata “tidak”..dah tentu yang satu itu salah.
Bila aku pertahankan Uncleseekers, ada orang terus saja marah kat aku. “Penagih dadah pun hang defend?”
Semalam aku pu Padang Rengas dan bersembag kat kedai kopi. Semua yang ada kat meja tu bersembang tentang Imam Mahadi yang mengamuk di JPM. Dan semua sepakat bersetuju mengatakan Khairul Afandi itu sebagai orang yang sesat, ekstremis dan dah gila.
Aku bukan cakap dengan orang Umno tapi penyokong Pakatan Rakyat. Bila aku kata depa semua salah..depa jugak kata aku salah. Bila aku tanya depa mana sumber berita yang depa baca..depa kata Utusan dan TV3.
See..penyokong Pakatan juga ramai yang hipokrit. Tiap-tiap hari dok kata jangan percaya Utusan dan TV3…tapi bila menilai sesuatu berita, Utusan dan TV3 juga yang menjadi rujukan.
Disini yang kadang-kadang aku rasa macam naik meluat…sebab budaya kritis itu sudah berkurangan..baik dikalangan penyokong BN atau PR. Kedua-dua pihak membuat berita dengan niat untuk mempengaruhi…bukan untuk merangsang pemikiran kritis.
Sebaik saja berita Jayanegara terbunuh, blog-blog pro BN cuba memanipulasi berita untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kes tersebut. Contohnya tengok kat sini. Asal ada saja perkataan “Umno bodoh”, “Hina Sultan Johor”..maka itulah “bukti” bahwa sesuatu blog itu pro pembangkang. Blog Pakatan pulak membalas dengan “membuktikan” bahawa Jayanegara peminat Mahathir. (Kat sini) Kedua-dua pihak cuba “membodohkan” pembaca supaya menerima apa yang depa cakap.
Cuba tengok balik rentetan peristiwa yang berlaku kepada Uncleseekers dan juga Jayanegara. Cuba cari persamaan-persamaan dan fikir sendiri. Apakah ada satu perancangan besar disebalik dua perisitiwa ini?.
Sebaik saja Uncleseekers ditangkap, blognya disekat. Masa tu aku kat kopitiam dan menggunakan WIFI 3G percuma. Bila aku buat posting mengatakan blog Encleseekeres sudah hilang…ada pulak member-member yang kata, “Aku akses ok jer!!”
Biala aku balik rumah dan pakai P1, boleh akses pulak!!
Bila Jayanegara ditembak mati, blognya juga disekat. Member blogger pkrl.blogspot.com buat posting, blog Jayanegara dah hilang. (kat sini). Kali ni aku pulak kata..”Aku masuk OK jer!!”
Member-member yang pandai IT boleh bagi pelbagai sebab. Tapi aku permudahkan macam ni:
[Baca seterusnya di Pengklonan minda melalui media -MediaPerak.com - ]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis