Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 15, 2012

Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa

Bising MB Selangor, Khalid Ibrahim bila SPR ubah tempat mengundi dia. Bukan setakat ubah UPU tapi ubah parlimen. Yang paling dia tak puas hati pasai dia langsung tak dimaklumkan oleh SPR.

Kerja SPR memandai-mandai ubah sempadan ni bukan baru. Sebelum ni kalau tak silap aku masa PRK pun dah  kecoh pasai ubah sempadan ni.

Macam yang pernah aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk "Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN" , Dr. Mariah pun pernah timbulkan isu ni bila 1,210 pengundi dari Dun Sabak dipindahkan ke Dun Sungai Panjang, pun gunakan alasan ni. Dun Sabak tu calon Umno cuma menang 117 undi.
Masalahnya yang paling utama, apa sebenarnya tafsiran 'pembetulan sempadan pilihanraya' tu? Yang tu langsung tak pernah didetailkan sebelum ni. Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.

Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap "selaras kepala hotak depa".

Tempat lain aku tak pasti, tapi kat tempat aku, sempadan antara Parlimen Parit Buntar dengan Parlimen Bagai Serai kompom celaru. Mana logik sempadan sempadan parlimen boleh belah tengah-tengah kampung, sekerat masuk belah Parit Buntar, sekerat lagi masuk belah Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan mukim lagi la jelas nampak. Macamana boleh jadi Simpang Lima yang duduk dalam mukin Parit Buntar boleh masuk dalam parlimen Bagan Serai.

Kalau tengok sempadan antara Kuala Kurau dengan Alor Pongsu lagi la celaru. Dalam Dun Alor Pongsu ada UPU nama Kampung Pandak Putih tapi dalam Dun Kuala Kurau pulak ada satu lokaliti nama Kampung Pandak Putih, padahal Kampung Pandak Putih tu bukannya besar mana pun.

SPR tak pulak sibuk nak buat pembetulan sempadan kat sini, pasainya kalau buat pembetulan sempadan hampir pasti Umno akan kalah di Dun Alor Pongsu.

Pasai tu la aku berani kata alasan 'pembetulan sempadan' tu cuma alasan 'kepala hotak depa'. Yang betulnya SPR gunakan alasan bangang tu untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Yang lebih bagi sakit hati tu, SPR langsung tak maklumkan kepada parti. Mungkin SPR ada maklumkan kepada Umno BN tapi kepada parti-parti Pakatan Rakyat jangan harap la SPR nak bagitau. Kepada pengundi yang terlibat lagi la jangan harap.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...