Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 27, 2011

Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN


Malaysiakini melaporkan:
Ahli parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 1,210 orang pengundi dalam kawasan DUN Sabak telah dipindahkan ke kawasan DUN Sungai Panjang tanpa pengetahuan PAS.

"Bila kita bawa ke (Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR, mereka kata berlaku pembetulan sempadan antara daerah mengundi," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Siti Mariah bimbang tindakan itu akan menjejaskan peluang calon PAS untuk memenangi kerusi itu, memandangkan calon parti berkenaan sebelum ini hanya tewas dengan perbezaan 117 undi.

"Sepatutnya (SPR) maklumkan kepada kita terlebih dahulu apa yang mereka hendak buat.

"Tetapi kita yang kena buat kerja mereka (maklumkan mengenai perubahan)," katanya dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam pagi ini. - Mkini.  
Semenjak dapat alasan "pembetulan sempadan antara daerah mengundi" ni kerap sangat SPR 'si anjing Umno' ni gunakan alasan ni.
  
Masalahnya, sampai sekarang tak pun disebutkan apa takrifan sempadan antara daerah mengundi tu. Daerah mengundi ni kalau dalan PAS dipanggil UPU.

Kalau nak kira sempadan kampung, belambak dok ada kampung yang terbelah dua tiga. Bukan setakat terbelah tapi boleh pulak bercantum dalam satu daerah mengundi dengan kampung sebelah yang jugak terbelah dua tiga.

Nak kata sempadan tu ikut sempadan jajahan takluk Ketua Kampung JKK pun tak jugak, pasai ada daerah mengundi yang kongsi sampai 3 Ketua Kampung.

Yang pagi parahnya, ada kampung yang dikerat 2, bukan saja duduk di dua daerah mengundi yang berbeza tapi duduk di 2 dun yang berbeza dan lebih teruk lagi di 2 Parlimen yang berbeza.

Kalau ada la pegawai SPR yang guna hujjah "pembetulan sempadan daerah mengundi" tu kat depan aku, silap-silap haribulan boleh keluar dari mulut aku "sempadan kepala hotak hangpa, kalau nak bagi senang Umno menang tu bagitau ja la terus terang, memang sial sapa yang buat kerja bubuh sempadan ni"

Yang sebenarnya, kreteria paling utama yang depa ambil kita masa nak buat sempadan tu adalah mesti menguntungkan Umno. Contohnya nak kena pastikan dalam sempadan Daerah Mengundi (DM) tu kena ada sekurang-kurangnya 1 cawangan Umno. (Kecuali la kalau tempat tu takdak orang melayu.)

Selain daripada tu, nak kena ada satu tempat mengundi yang dikuasai oleh orang Umno. Kalau ada sekolah agama rakyat yang dikuasai orang PAS jangan harap la akan diguna sebagai pusat mengundi, kalau guna jugak memang teruk la pegawai SPR berkenaan kena jawap dengan Umno Bahagian.

Yang paling aku tak puas hatinya, dalam isu  ni. SPR langsung tak maklumkan kat parti-parti yang ada kat kawasan tu. Kalau betui macam alasan SPR tu, "berlaku pembetulan sempadan antara daerah mengundi" apa susah sangat ka setakat nak hantar sekeping surat pemakluman.

Memang CELAKA betui puak-puak dalam SPR yang jadi "si anjing Umno" ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...