Bab ni aku sokong SPR "si anjing Umno" | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 14, 2010

Bab ni aku sokong SPR "si anjing Umno"

Aku yakin ramai yang tak bersetuju dengan aku kali ni, terutama sekali "penyokong totok" Pakatan Rakyat. Tapi aku peduli apa. Apa yang aku fikir betul aku akan kata betul walaupun yang kata tu "si anjing Umno BN."  (Aku nak guna istilah ni pulak la, istilah "Kelab Penyokong Umno BN" ada yang kata tak cukup keras.)

BeritaHarian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Sistem undi pos yang mempunyai beberapa kelemahan teknikal akan ditukar dan dinamakan sebagai 'pengundian awal' yang dijangka mula digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Melalui sistem yang masih dalam kajian itu, proses pengundian akan dipermudahkan dan pengundi terbabit tidak perlu memasukkan kertas undi dalam sampul serta mengisi borang identiti seperti sistem undi pos sedia ada.

Sebaliknya, pengundi terbabit layak mengundi awal melalui proses pengundian biasa, termasuk anggota tentera dan polis, seperti mana proses pengundian awal dilakukan di Thailand. - BHarian
Pada aku tak berapa sesuai kalau undi pos terus dimansuhkan. Pasainya, mengundi tu hak semua rakyat Malaysia, kalau takdak undi Pos kita macam menafikan hak rakyat Malaysia yang diarahkan bertugas di luar negara macam yang bertugas di pejabat kedutaan. Takkan nak suruh depa tutup pejabat pasai semua nak kena balik  untuk mengundi.

Kalau dengan kaedah 'pengundian awal tu dah tak perlu lagi isi borang identiti, status depa dah jadi macam pengundi awam. Sepatutnya dah boleh hilang anggapan yang undi depa tak rahsia, tambah pulak kalau peraturan untuk PAKA di tempat mengundi pos tu sama macam di tempat mengundi awam lain.

Yang patut kita perhalusi lagi dengan SPR adalah berkenaan isu keselamatan peti undi tu. Kalau dibenarkan peti undi tu dijaga mula dari bukak pusat mengundi tu sampai ke masa untuk dikira aku rasa sepatutnya takdak masalah dah.

Cumanya aku tak setuju la bila SPR nak mengesyorkan kemasukan kategori lain seperti wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari sebagai pemilih. Cadangan ni dah jadi tahap bangang. Apa masalahnya depa-depa tu nak mengundi macam orang lain.

Untuk juruterbang dan pramugari tu ada la sikit relevannya, tapi masalahnya depa tu kerja swasta, tentu punya jadi masalah bila masa nak tukar status depa. Maksud aku masalah ketelusan. Tambah-tambah pulak tahap prejudis kepada SPR cukup tinggi, sesuai dengan gelaran sebagai " si anjing Umno BN."

Sepatutnya bukan ditambah pengundi pos tapi kena kurangkan. Isteri anggota tentera tak sepatutnya jadi pengundi Pos. Apa rasionalnya isteri tentera pun nak kena mengundi awal, tautau la pulak lepas ni tentera nak wajibkan semua tentera yang nak bertugas kena bawak isteri depa sekali.

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Walaupun aku sokong SPR kali ni, pada aku SPR masih lagi berstatus "anjing Umno BN."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...