ROS pun ahli Kelab Penyokong Umno BN jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 13, 2010

ROS pun ahli Kelab Penyokong Umno BN jugak?

ROS atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah jabatan yang menguruskan pendaftaran pertubuhan termasuklah parti-parti politik.

Dalam laman web depa yang boleh kira canggih jugak, ada tulis kod etika jabatan yang antara lain tercatat:
Malaysiakini melaporkan:
Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupun permohonan itu dibuat lebih setahun lalu, lapor TV Selangor.  

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli, jadi kita akan ambil tindakan susulan," kata Anwar di ibu pejanat PKR di Petaling Jaya, hari ini. - mkini
Nampak gayanya ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) pun dah jadi kelab penyokong Umno BN.  Depa peduli apa dengan kod etika, yang pentingnya kepentingan Umno BN sebagai "tuan" depa kena sentiasa dijaga.

Dalam PRK sebelum-sebelum ni, SPR sungguh-sungguh melarang parti-parti yang tak bertanding dari pasang bendera parti.

Contohnya, masa PRK Galas baru ni, bendera parti PKR dan DAP tak dibenarkan dipasang atas alasan tak bertanding tapi bendera parti-parti komponon BN boleh dipasang pasai berdaftar walaupun yang bertanding calon Umno atas tiket BN.
GUA MUSANG 25 Okt - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan DAP tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing semasa proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas. 
Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Noordin Che Ngah berkata pihaknya hanya membenarkan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sahaja mengibarkan simbol parti masing-masing.
"Barisan Nasional (BN) dibenarkan mengibarkan simbol parti-parti komponen mereka kerana BN berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia.
"KEADILAN dan DAP, biarpun mendakwa sebagai pakatan pembangkang, mereka tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Maka KEADILAN dan DAP tidak boleh mengibarkan simbol parti masing-masing, kecuali PAS," katanya selepas taklimat pilihan raya kecil DUN Galas kepada media di sini hari ini - Suara Keadilan
Memang kena sangat lah, ROS bersekongkol dengan SPR bantu Umno BN nak lawan Pakatan Rakyat. ROS guna kuasa dia saja buat-buat lambat, lepas tu SPR pulak gunakan kuasa dia tak bagi pasang.

Selain dari isu pasang bendera masa PRK, depa sebenarnya takut sangat kalau calon-calon Pakatan Rakyat guna satu lambang masa PRU13 nanti.

Bila dah guna satu lanbang, Umno BN dah tak berapa boleh nak guna isu kata Pakatan Rakyat satu gabungan yang longgar, yang tak kuat, yang bila-bila masa boleh berpecah. Bila semua dah guna satu lambang, Pakatan Rakyat sebenarnya hantar satu mesej yang jelas kepada pengundi menunjukkan kesepaduan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Macam kata Najib sebelum ni, Umno BN akan gunakan apa saja cara untuk pertahankan Putrajaya. Apa sangat kalau takat memperkudakan ROS dan SPR, lebih dari tu pun depa dah buat sebelum ni, tambah pulak untuk PRU13 nanti, yang mungkin jadi pertembungan paling sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Berkaitan



Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...