Setakat ni aku cuma berani bagi satu perbezaan. Dalam BN kerjasama yang Umno asampai kepada bersama-sama buat mungkar, sama-sama balun harta rakyat, sama-sama rasuah dan sama-sama salahguna kuasa.
Berbanding dengan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat setakat hari ni belum ada lagi kes macam tu. Belum ada kes dengan SPRM. Malah contoh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan lebih 20 tahun adalah sifar rasuah dan salahgunakuasa.
Kat bawah ni petikan artikel yang aku petik dari blog Kalam Perantau yang petik ucapan Presiden Pas, TG Hj Hadi.
MERCHANG – Kerjasama antara Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan DAP adalah kerjasama tidak wala’, himayah, istianah dan tahaluf, berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).Selalu jugak aku dengar istilah "kerjasama wala'" cara Umno BN dalam ceramah/taklimat tapi takdak yang bagi detail dengan contoh yang mudah aku faham. (atau mungkin aku yang tak dengar??)
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala, dan ia menggadaikan maruah, harga diri serta prinsip Islam.
“Wala adalah istilah politik dalam kitab fiqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita (Islam) boleh menjual maruah dan harga diri kita. Macam dalam UMNO, hendak menang, sanggup beri kawasan Islam. [seterusnya]
Kerjasama himayah, istianah dan tahaluf ada dibagi contoh dalam artikel tu tapi kerjasama wala' takdak pulak dibagi contoh. Ada sapa-spa yang boleh bagi contoh untuk mudah paham bagi orang-orang yang macam aku yang memang segan nak ligan merata masjid surau cari kuliah.
Kat bawah ni clip video youtube ceramah TG Hj Hadi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis