Senyum la tumpang masih boleh [Sumber: kerispusakamelayu] |
La ni, penat la dia, nak pusing kot mana lagi pun dah tak boleh aku rasa. Bukan takat bukti cakap dan dokumen, depa siap bagi bukti yang ada dalam iKDN, laman web rasmi KDN.
Kut maklumat tu, hari ni Suara Keadilan dagi detail dokumen mana yang patut dia rujuk:
"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut. - Suara Keadilan
- Surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009.
- Surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008.
- Laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.
- Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008.
- Mesyuarat PAC pada 11 Ogos 2008 - Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel.
- Laman sesawang KDN - pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini Khamis. - Bernama
Kalau la dia setuju dengan 'cadangan' dari China Press hari tu, kan senang. Hari ni dia boleh rileks-rileks main dengan cucu. Kalau teringin nak pi kelas tafsir pun boleh, kalau malu nak pi ke masjid surau, boleh pi ke rumah Masnah Rais.
Tak pun dia boleh goyang kaki macam Hanif Omar bekas KPN, boleh makan elaun pengarah syarikat judi yang kaya raya.
⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10