Noh Omar gagal jadi jantan Perkasa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 09, 2010

Noh Omar gagal jadi jantan Perkasa

Noh Omar [sumber:tanahkedaung]
Aku ingat memang berani sangat la menteri Umno sorang ni. Masa konvensyen BN semalam, besemangat sungguh dia nak jadi pejuang Melayu yang jantan perkasa. Rupa-rupanya tak jantan tara mana pun.

Konon, semalam bersemangat dia kata:
Orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu. Rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Mungkin takut dia nak kena belasah teruk kalau calon BN kalah di PRK Huli Selangor hujung bulan ni, hari ni dia minta maaf dalam satu sidang media khas.

Yang herannya, dalam sidang media tu dia salahkan ucapan mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan.  Padahal yang dia cakap macam aku quote kat atas tu lagi aku rasa orang MCA lagi marah. Tapi biasa la, lepas ni kerja media Umno BN pulak la 'spin' berita tu. Aku jamin, langsung timbul  statement tu dalam media milik Umno BN


Malaysiakini melaporkan:

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis. - Malaysiakini
Macam MP Umno kata dalam Parlimen baru-bari ni, "ni jenis bukan jantan tapi betina".   ⊗

Nota kaki makan cekam:  Tara tu ja la pun pemimpin Umno yang ada, bila kena gertak sikit semua menikus...  :))


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...