Musa Hasan dah tak lama jadi IGP? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 13, 2010

Musa Hasan dah tak lama jadi IGP?

Nampaknya macam dah tak lama Musa Hassan jadi Ketua Polis Negara. Manpaknya semacam ada 'gerakan' nak menyahkan dia dari kerusi tertinggi polis tu. Dia mula pegang jawatan tu semenjak Septembar 2006. Pada September 2007, khidmat dia disambung secara kontrak untuk 2 tahun. September tahun lepas kontrak dia disambung lagi setahun sehingga September 2010.
Sumber: TheStar
Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Sabtu menafikan laporan yang menyatakan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan.

Sambil mempersoalkan sumber yang digunakan akhbar terbabit dalam menerbitkan laporan itu, Musa yang dihubungi Bernama berkata laporan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengemukakan surat peletakan jawatan seperti yang dilapor.

"Saya tidak pernah menghantar sebarang peletakan jawatan kepada sesiapapun termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Berita itu tidak benar dan saya menafikan sekeras-kerasnya," katanya.

Musa berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sumber laporan terbabit.

"Saya terkejut bagaimana boleh tersiarnya berita seperti itu, seolah-olah ia telah dirancang oleh satu-satu pihak yang mungkin mempunyai kepentingan," katanya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Mandarin itu, Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar. - Bernama
Semalam heboh berita mengenai Ramli Yusuf, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan  yang dilepas dan dibebeskan dari tuduhan rasuah. Antara lain laporan tu menyebut:
Sebelum didakwa pada 2007, Ramli mendakwa beliau dan pegawainya dijadikan mangsa setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat aktiviti kongsi gelap yang berkaitan dengan seorang ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Kegiatan kongsi gelap dan kegiatan 'bawah tanah' itu dikaitkan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ini, yang kemudiannya dikenakan perintah tahanan terhad oleh jabatan Rahim.
Mungkinkah Najib sedang berusaha nak baiki imej dia dengan membuang individu yang bermasalah yang selalu dikaitkan dengan Najib.


Dalam Malaysiannsider pulak ada dilaporkan yang Musa Hassan nak tau mana sumber China Press dapat indo tu.
“I want to know if the source is from official channels or from the underground. - MalaysianInsider
 Kalau ikut laporan semalam, 'underground' tu dikaitkan dengan geng kongsi gelap. Adakah mungkin geng kongsi gelap sekali lagi akan mainkan peranan menentukan perjawatan dalam PDRM macam yang pernah Raja Petra dakwa sebelum ni?

Berkenaan

Nota kaki makan cekam:  Tan Sri Omar Ismail tu ok ke? Ke ada 'link' dengan kongsi gelap jugak?

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...