Nak bagi padam isu ni, media mainkan yang Anwar walaupun bercakap panjang lebar mengenai APCO tapi depa kata dia tak menjawab soalan. Depa kata dia tak bagi bukti pasai tuduhan tu, dan semalam mengesahkan parlimen akan bawak usul menghadapkan Anwar ke jawatankuasa tu.
Anwar tambah lagi bagi panas isu tu bila dia dedahkan wujud perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM)
Isu APCO ni lagi bertambah panas bila didedahkan APCO dah masuk dalam KDN yang didedahkan sendiri melalui iKDN, laman web rasmi KDN.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.⊗
Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.
Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. - Harakahdaily
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10