Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Seorang Anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Izzuddin Che Din mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada hari Khamis terhadap dua pertuduhan mengugut dan satu tuduhan menyebarkan gambar bogel seorang setiausaha. Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.
Bagi pertuduhan pertama, Izzuddin, 62, didakwa telah mengugut untuk menyebarkan gambar bogel wanita berusia 41 tahun itu melalui telefon bimbit di Cheras Heights, Taman Segar, Cheras pada 1.23 pagi 14 Feb lepas manakala bagi pertuduhan kedua, di tempat yang sama, dia mengugut mangsa untuk menyebarkan gambar bogelnya pada 6.11 petang 15 Feb lepas. - Bernama
Dalam bab-bab macam ni aku selalu guna ayat "kalau takdak sedepa pun paling kurang takat sejengkal dua aku rasa ada" maknanya dalam kes tokwan ni paling kurang pun mesti ada sikit sebanyak "ulat bulu dah nak naik daun".
Pasainya bernama jugak melaporkan:
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.
Izzuddin kemudiannya merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jaminan itu kerana dia tidak bekerja di samping mempunyai penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi dan memerlukan wang untuk merawat penyakitnya itu.
"Saya juga telah berjanji kepada polis tidak akan mengganggu mangsa dan kesalahan ini merupakan kesalahan pertama saya," katanya. - Bernama
Untuk elak masalah macam ni la dalam Islam ada larangan supaya "jangan dekati zina". Bukan larang berzina. Untuk zina tak payah bagitau pun takpa pasai semua orang patut tau. Lagi pun hukuman dia masuk dalam hudud, rotan 100 kali kalau tak pun rejam sampai mati, tak boleh tawar menawar dah.
Untuk kes tokwan ni aku rasa patut kalau Parti yang berkenaan cadangkan supaya dia letak jawatan sebagai ahli majlis tu. Biar dia selesakan dulu kes dia tu kat mahkamah. Pasainya dalam keadaan macam ni dia nak buat kerja sebagai ahli majlis pun aku rasa payah nak jadi, aku rasa akan lebih banyak bagi masalah dari menyelesaikan masalah.
Kalau lepas ni mahkamah dapati dia tak bersalah, PBT yang berkenaan boleh lantik dia balik. ⊗
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10