Bodohkah kita kalau kita turut memberikan hujjah. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 29, 2009

Bodohkah kita kalau kita turut memberikan hujjah.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku sebenarnya amat berterima kasih kepada Ust Nik Abduh kerana membuktikan yang di dalam PAS masih ada yang berani 'sentuh' isu sensitif dalaman. Dia bukan saja takat sentuh tapi berjaya bagi ramai orang lain turut sama 'sentuh' dan berbahas.

Bersetuju atau tidak bukan persoalan penting sangat bagi aku masa ni, tapi 'perbahasan' tak kira samada dengan fakta maupun dengan emosi sebenarnya merancakkan dan memperkembangluaskan lagi ruang berbincang.

Bodoh atau tidak amat bergantung kepada piawai yang kita guna dan piawai tu pulak adalah bersifat subjektif yang pastinya berbeza untuk setiap orang bergantung kepadailmu, pendedahan dan 'aulawiyat' masing-masing.

Aku sebelum ni pernah 'mencabar' golongan ulama' dalam PAS khasnya yang duduk di peringkat pimpinan tengah dan bawah supaya aktif mengulas dan berhujjah menyentuh su-isu 'sensitif', masa tu isu 'keahlian bukan Islam dalam PAS.

Sampai ke sudah takdak sapa pun yang berani sentuh isu tu. Yang ada pun cuma sorang Ustaz yang secara terbuka mengaku takut. Pada aku dia sebenarnya cuma takut nak mula pasai budaya tu belum meluas dalam PAS.

Aku sebenarnya cuma baca setakat 'intro' artikel 'penjelasan' dari Ust Ni Abduh. Aku belum pun baca apa 'penjelasan' dan buah sebenar yang dia nak sampaikan. Setuju atau tak pada aku tidak menjadi satu kesalahan pasai masa ni masih dalam fasa 'berbahas dan mengemukakan hujjah'.

Memandangkan isu 'bodoh' ni dah menjadi isu nasional pasai Umno dah tolong jaja dalam media arus perdana, dan Ust Nik Abduh dah pun membentangkan hujahan balas, aku harap lepas ni lagi ramai yang turut serta. Lagi baik kalau ramai dari kalangan pimpinan peringkat tengah dan bawah turut serta berhujjah.

Cuma satu aku nak ingatkan. Walau kita rasa sehebat mana pun hujah kita, kita kena berlapang dada dengan hujjah orang lain. Biar walau teruk mana pun hujjah yang orang lain bentangkan, kita kena terima sebagai hujjah.

Maksud aku semua 'perbahasan' ni pastinya akan disemak semula masa Muktamar PAS Pusat awai Jun nanti. Harapan aku perbahasan ni akan dapat ditamatkan masa Muktamar nanti dengan satu keputusan bersama.

Bila keputusan tu dah keluar aku harap semua pihak boleh berlapang dada, menerima keputusan tu sebagai keputusan bersama dan kita bersama-sama 'wala kepada keputusan tu.

Bagi yang tak 'berupaya' untuk wala pasai mungkin dia masih rasa hujjah dan pendangan dia yang paling hebat, aku harap tak la sampai ke tahap sanggup sabotaj parti.

Kita kena tunjukkan kepada orang ramai yang bukan ahli PAS yang setakat hari ni sedang tekun memerkatikan gerak-geri PAS dengan teliti, yang memang sebenarnya PAS AMAT BERBEZA DENGAN UMNO, terutamanya dalam memberikan kebebasan mengamalkan demokrasi dalam parti.

Aku amat mengharap suasana ini akan berkembang menjadi 'perbahasan sihat' dan seterusnya akan sedikt demi sedikit membuka semula pintu 'ijtihad' politik yang selama ni nampak semacam ditutup rapat, semacam menjadi milik mutlak pimpinan semata-mata.

Hasrat aku biarlah akhirnya, orang ramai merasa seolah-olah mereka terlibat dalam proses 'ijtihad' politik tersebut walaupun sebenarnya hujahan, penilitian terakhir dan seterusnya keputusan dibuat oleh dan di dalam Majlis Syura'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...