Keahlian bukan Islam - ulama' dalam PAS ni penakut ka? (edited) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 21, 2008

Keahlian bukan Islam - ulama' dalam PAS ni penakut ka? (edited)

Link yang baru aku jumpa (Edited)


Aku pun tak pasti, sama ada aku tak jumpa atau memang takdak yang ulas pasai isu ni. Tapi mungkin jugak pasai aku tak cari sungguh-sungguh. Masalahnya kalau isu-isu lain tak payah susah-susah cari, belambak mai masuk email aku, contohnya macam isu 'Tayangan Perdana'.

Hari ni baru ada satu entry aku baca. Entry terbaru blog Ust Nik Abduh dengan tajuk Keahlian bukan Islam dalam PAS. Tengok tajuk tu laju ja aku klik dengan harapan dapat input baru.

Bila baca sampai habih apa yang aku dapat? Tak banyak pun. Dia cuma nak bagitau yang ada ulama' yang memang lembab. Ulama' yang lain bukan lembab tapi berhati-berhati. Tak payah bagitau pun memang ramai dah yang tau.

Satu lagi dia belasah orang-orang macam aku yang 'gelojoh'. Masalahnya orang-orang macam aku ni ramai yang dok suruh ulas. Kalau hangpa boleh jugak bawak keluar satu dua ayat, satu dua hadith, boleh laa walau takat nak harap depa diam. Aku? Nak ulas macam mana. Takkan nak suruh aku main belasah jaa.

Yang ada aku jumpa pun artikel dari Teropong Kota, yang dari cara dia tulis nampak bukan macam ulama. Lepas aku buat satu entry pun takdak yang sambut walaupun entry aku tu pun agak sikit 'nakai'

Awat susah sangat ka nak bahas isu ni? Aku memang tak berapa nak harap ust-ust keluaran pondok boleh bahas isu ni. Mungkin depa tak berapa nak berani pasai takdak dalam kitab kuning. Tapi mana pi yang ramai lagi Ust yang grad konon dari universiti-universiti hebat luar negara. Katanya depa ni ramai yang celik IT, ada blog, tapi takdak pun aku jumpa ulas isu ni.

Mungkin jugak kot depa bincang isu ni dalam usrah-usrah depa. Bukan aku kata tak boleh malah memang itulah yang sebaiknya. Tapi takkan setakat dalam bilik jaa. Sepatutnya hasil usrah tu dibawak keluar. Kalau takat dalam bilik usrah, orang-orang yang macam aku ni memang takdak peluang laa. Bukan takmau join usrah tapi dah takdak nak join macamana.

Pada aku benda ni 'mesti' dibincangkan secara umum. Biar orang ramai betui-betui faham dan kalau boleh biar orang ramai berasa terlibat sama dalam membuat keputusan yang amat penting ni. Keputusan yang mungkin boleh dianggap terbesar dalam sejarah PAS, lebih besar dari tahalluf siasi.

Jangan sampai orang mula label ulama' dalam PAS sebagai 'pengecut', 'penakut', berani dalam kuliah depa jaa. Bila ada isu yang takdak dalam kitab kuning depa diam, buat-buat tak nampak, buat-buat tak perasan, buat-buat kalut dengan masalah feqah.



Link yang baru aku jumpa (Edited)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...