Apa BN kata pasai 7 Mei ni? Nampak gayanya depa pun macam tak sedap duduk dengan Sidang DUN 7 Mei ni. Depa pun tak yakin yang depa boleh 'dapat' kerusi speaker. Depa pun tengah semak perut, tak yakin yang sidang DUN 7 Mei ni boleh untung kat depa. Tapi nak buat macamana, benda nak buat jugak, kalau tak duat terpaksa pulak kena hadapi pilihanraya peringkat negeri.
Akan tetapi, hasrat BN untuk menukar Sivakumar pada 7 Mei nanti sudah pasti akan mendapat tentangan hebat daripada Sivakumar sendiri.
Dikhabarkan Pakatan Rakyat ada merancang strategi untuk membolehkan mengekalkan Sivakumar di kerusi Speaker.
Selaku Speaker, ada kemungkinan Sivakumar tidak akan membenarkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap dirinya dibentangkan.
Depa harap usul tukar speaker akan diluluskan dengan hujjah
Jika inilah strategi Pakatan Rakyat, Sivakumar mungkin masih tidak sedar bahawa BN kini menguasai majoriti Dewan iaitu 31 berikutan tiga ADUN Bebas yang menyokong BN berbanding 28 kerusi dimiliki Pakatan Rakyat.
Dengan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Sivakumar datang daripada majoriti ahli Dewan, tidak ada sebab mengapa Sivakumar boleh menolak daripada usul itu dibentangkan, dibahaskan dan seterusnya membolehkan ahli membuat undian.
Sivakumar juga tidak ada hak untuk menolak usul tersebut kerana kedudukan beliau sendiri ditentukan oleh DUN yang bermaksud Dewan adalah diatas Speaker.
Walaupun macam tu depa sedar dengan kuasa yang ada pada Speaker
Strategi lain yang mungkin digunakan oleh Sivakumar adalah untuk menghalang tiga ADUN Bebas iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang daripada menghadiri Dewan atas sebab mereka sudahpun meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Perkara yang sama akan dilakukan kepada Dr Zambry dan enam exco sepertimana tindakannya menggantung ketujuh-tujuh mereka.
Depa cukup yakin yang Mahkamah dok belah depa
Walaupun, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Sivakumar tidak ada kuasa untuk menghalang tiga ADUN Bebas, Dr Zambry dan enam exco daripada menghadiri dewan, tidak mustahil Sivakumar akan menggunakan apa sahaja peluang terakhir yang beliau ada untuk mengagalkan sidang DUN itu nanti.
Jika ini berlaku, Sivakumar harus bersedia berhadapan dengan kemungkinan beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah.
Nampaknya depa mungkin tak baca hujjah balas yang Hanifa Maidin kepada pendapat Dato Hafarizam, atau kalau depa baca pun depa tak faham apa benda yang dinamakan perintah deklarasi berbanding perintah certiorari dan mandamus
Yang jelasnya Setiausaha dewan yang dah Speaker pecat dah terima usul yang nak dibentang masa sidang 7 Mei ni.
Apa agenda rasmi yang Zambry rancang utuk 7 Mei ni?
- Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)
URUSAN MESYUARAT
I) Doa
II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.
III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.
IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
V) Usul-usul yang telah diberi notis:
- 1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.
VI) Penangguhan
Katanya depa nak ganti Sivakumar dengan Dato R.Ganesan, cerita lanjut baca kat blog Suara Perak.
Nak faham di pihak PR boleh baca kat sini.