Angin bertuip kencang, katanya tak lama lagi Perdana Menteri akan bertukar orang. Sibuk semua nujum politik buat ramalan bila kejadian akan berlaku. Sapa yang akan jadi katak politik. Hebatnya telahan nujum ni sampai ada yang kata PakLah pun akan jadi katak sama. Ada pulak yang rasa macam tak berapa nak sesuai guna istiah katak pasai depa kata istilah katak sibuk cari istilah lain, katanya istilah katak hanya sesuai kalau lompat dari pembangkang ke kerajaan tapi yang sebenarnya semua orang dok pening bila nak guna istilah kerajaan dan pembangkang ni. Kadang-kadang bila baca macam sesuai tapi bila baca sekali lagi macam tak sesuai terutama sekali kalau cerita pasai ramalan masa depan. Bagi aku, kot mana nak kalih pun, katak tetap katak, tak mungkin bertukar jadi putera raja walau dicium tuan puteri.
Hebatnya isu ni sampai aku tengok TG Nik Aziz pun macam penin. Sat macam tak setuju lepas tu pulak macam setuju. Pada hai sebelum ni kerajaan PAS Kelantan pernah gubal undang-undang halang YB jadi katak yang kemudiannya di over rule oleh pusat. Kebanyakkan statement pimpinan PAS hala ke mengalu-alukan semua katak- katak mai melompat.
Riuh cerita bab sogok, sana sini cerita bab tawaran 3 keturunan habis tak makan. Pada aku kalau takdak angin takkan pokok bergoyang. Kalau pun tak angin timur laut bertiup kencang takkan takdak angin sepoi-sepoi bahasa membisik ke telinga. Kalau takdak janji apa-apa takkan depa nak lompat. Kalau takdak janji bangku Menteri penuh takkan teringin MP dari belah timur nak lompat, baik duduk diam-diam dalam BN, kurang-kurang pun masih boleh buat harta macam dulu-dulu.
Pada aku keputusan dah rakyat buat masa pilihanraya lepas. Keputusan tu tak kira tak elok ka, elok ka atau tak cukup elok ka, sebagai penganut fahaman politik demokrasi, semua ahli politik patut wala' pada keputusan tu. Rakyat yang mengundi. Tak kira la depa mengundi ikut calon ka ikut parti tapi demokrasi Malaysia secara tak langsung mentafsirkan depa mengundi parti. Nak hurai bab tu kena bukak entri lain tapi nak bagi tau yang bukan hak depa beberapa kerat penggila kuasa untuk buat keputusan. Keputusan tu adalah keputusan rakyat. Kalau tak setuju patut dipulangkan kuasa tu kepada rakyat. Biar rakyat sendiri yang tentukan.
Ada pulak yang kona kut lain. Patutnya Pakatan Rakyat dah boleh perintah negara kalau SPR tak kecoh. Pada aku itu satu isu lain pasai bila setuju jadi calon secara automatik dah terima seadanya SPR. Patutnya dah termasuk dalam congak pengiraan faktor SPR. Tak tau laa pulak kalau ada bilik gerakan yang buat analisis tak masukkan sama faktor SPR. Pada aku walau macam mana pun teruknya perjalanan dan keputusan pilihanraya lepas, ia patut diterima and live must goes on. Negara kena ada pemerintah.
Setakat ni statement pimpinan PAS yang paling releven bagi aku dalam isu katak ni pernah keluar dari Ketua Pemuda, Salehuddin Ayub. Dia macam tak berapa nak setuju Pakatan Rakyat ghairah sangat nak perintah negara. Bagi dia dalam statement tu lebih mau Pakatan Rakyat buktikan dulu keupayaan memerintah dengan menunjukkan contoh di peringkat negeri. Mungkin maksud dia biar rakyat bagi penilaian kemampuan Pakatan Rakyat masa pilihanraya depan. Masalahnya aku tak ingat aku baca statement ni kat mana, dok cari tak jumpa lagi.
Pada aku PAS sepatutnya tidak tamak, cukup takat kuasa yang dapat atas 5 negeri yang dok ada. Biar kita timba dulu pengalaman memerintah. Kita upgred dulu pengalaman kita. Sebelum ni kita dah ada pengalaman perintah negeri yang lebih 90% orang Islam, kali ni peluang kita nak timba pengalaman perintah negeri yang banyak orang bukan Islam. Malah kali ni PAS berpeluang timba pengalaman perintah dalam keadaan kita minoriti di Perak. Satu cabaran yang amat hebat yang kalau kita berjaya memerintah dengan baik tak ada sebab rakyat tak mau bagi peluang kita perintah Malaysia.
Apa-apa pun bagi aku, aku lebih selesa jadi pembangkang. Tak payah pening kepala nak pikir pasai bukit uhud, tak payah nak terasa hati kalau jadi daun kari, tak payah serabut perut pebetui YB yang macam dah nak jadi komersial. Jadi kerajaan ni payah, nak kena merancang baru boleh buat lepas tu nak kena pantau pulak dalam pada tu nak kena pulak jawab bila pembangkang belasah. Payah. Jadi pembangkang senang kalau ada yang tak betul belasah cukup-cukup, kalau yang betul diam-diam dah laa, buat-buat tak nampak. Dah benda elok takkan nak bangkang jugak. Takkan nak sokong, kita bukan penyokong tapi pembangkang. Nak senang jadi pembangkang tapi kalau nak jadi senang jangan jadi pembangkang cepat-cepat jadi katak, harap-harap ada yang teringin nak cium.