Nak belasah ka tak nak belasah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 21, 2008

Nak belasah ka tak nak belasah

Mula-mula niat aku nak aktifkan balik blog ni pasai nak belasah kerajaan PR perak sambil-sambil belasah YB PAS yang menang kat kampung aku kat Parit Buntar sambil-sambil tu kalau ada masa belasah PKR yang memang aku meluat terutama sekali boss besar si mata lebam. Konon-konon nak jadi pengkritik dalaman yang terkeluar. Kritik yang tentu tak lepas kalau pakai saluran dalaman, saluran parti. Tambah semangat lagi bila baca blog yang hentam PAS. Panas hati baca walaupun yang dihentam tu memang patut dihentam. Dari orang lain hentam baik aku sendiri hentam, kurang-kurang puas hati.

Cumanya bila dengar ucapan MB bila mai kampung aku baru-baru ni aku jadi tersentot sat. Bila exco PAS yang sorang tu sambung aku jadi berbelah bagi pulak nak belasah online ka tak mau belasah online. Naik kesian pun ada. Nak harap lebih-lebih kat depa bedua ni pun tak patut sangat. Lagi 4 orang tu kalau ikut standard aku lagi tak boleh harap. Maksud aku bukan tak boleh harap tapi tak nampak macam mampu boleh buat kalau ada sesuatu.

Cuba pikir tengok. Dalam raai-ramai exco Perak tu cuma yang dari Lubuk Merbau tu lah sorang dari PAS. Kalau nak bawak hasrat PAS dia sorang tu laa harapan. Kalau nak mempertahankan prinsip PAS dia sorang tu jugak laa ayam sabungnya. Kalau kena belasah dia laa jugak yang boleh menjawab. HJ Nizar awai-awai lagi dah boleh lepas tangan. Dia MB, dia boss, dia pengadil. Dia mana boleh dilihat memihak. Memang dia boleh bertindak tapi kot mana pun kena dengan kebenaran mesyuarat exco, kena dengan arahan mesyuarat exco atau kurang-kurang pun kena selari dengan hasrat dan prinsip mesyuarat exco. Mungkin sekali-sekala boleh guna kuasa executive tapi kena cukup berjaga-jaga, kena ambil kira stand PKR, tambah-tambah stand DAP yang kadang-kadang bertentangan dengan prinsip kita.

Aku boleh bayangkan sikit-sikit tekanan yang depa tanggung tarutama sekali Hj Nizar kena tanggung. Dalam keadaan sokongan yang mungkin mutlak dari hanya 5 orang wakil rakyat dia kena pastikan sentiasa dapat sokongan dari 7 orang wakil dari PKR yang macam-macam perangai, yang bayak dia tak pernah kenai. Lebih payah nak kena dapat sokongan dari 18 wakil dari parti DAP yang dasar dan prinsip yang belain. Kurang-kurang pun kena selalu dapat mandat mesyuarat exco.

Tekanan paling hebat aku rasa pasai dia kena bawak nama PAS. Dia ni pun boleh kira baru dalam PAS. Baru dalam PAS Perak. Semua orang PAS nak bagi nasihat. Nak bagi petua. Dah tentu dari atas, kepimpinan pusat ada agenda yang perlu MB laksanakan, dari pimpinan PAS Perak tentu ada saranan dan arahan yang perlu diikuti, dari peringkat bawah pulak mesti ada permintaan yang perlu dipenuhi. Setiap tutur bicara, setiap langkah tindakan setiap model rancangan perlu diteliti sehabis mungkin. Perlu dikaji sedalam mungkin. Perlu ditimbang seadil mungkin.

Semua mata memerhati malah menanti. Silap kata, silap langkah, silap rancang, kiri kanan atas bawah macam peluru kena elak kena tepis malah mungkin kena disambut dengan dada terbuka.

Tekanan dari pihak istana pun tak kurang hebat. Bukan maksud aku istana Perak menekan MB, tapi bebanan perlu ambik kira perdirian dan prinsip pihak Istana. Lebih berat lagi Perak seperti ada dua pemerintah. Perlu mengadap Sultan dan peru juga menjawab kepada Raja Muda. Dua-dua jenis hebat, berpendidikan tinggi, berfikiran kritis. Dia kata jenoh nak kena berhujjah. Kena yakinkan kedua-duanya secara berasingan pasai apa kena macam ni tak boleh macam tu, pasai apa pulak tak boleh macam ni kena macam tu.

Cuba bayangkan secara tiba-tiba seketul batu besar besar punya atas kepala sudah ada. Nak tanggung rasa berat sangat. Nak letak tak boleh, tak patut sangat. Nak tak nak kena tanggung jugak-jugak. Seboleh mungkin nak kena dapat sokongan. Sokongan walau sekecik mana pun. Tak pernah terpikir wakil rakyat dari PAS boleh jadi MB Perak. Dan tentunya kalau ada sikit terlintas kat kepala, calon MB tentulah Pesuruhjaya, Ustaz Ahmad Awang. Tapi nak jadi cerita. Hampir semuanya adalah kali pertama.

Nasihat aku kat Hj NIzar, belasah ja aji. Apa nak peduli sangat depa nak kata apa. Jangan pikir jauh sangat, sikit-sikit sudah, jalan dulu. Banyak lagi benda yang belum disentuh. Ada masalah baru fikir balik macammana nak selesai. Nak buat macammana, benda bukan ada dalam buku boleh buat contoh, tambah-tambah kalau kena buat ijtihad, ada sikit-sikit boleh kias kira ok laa, tak dapat 2 pahala pun kurang-kurang 1 dah dalam tangan. Boleh kut takat tu?

Apa-apa pun Tuan Hj. Walaupun orang-orang macam saya yang tak pernah ucap tahniah kat tuan Hj sebab menang pilihanraya, lepas tu pulak jadi MB, lepas tu pulak dapat pangkat Dato' Seri, tapi jangan risau, nama tuan Hj sentiasa ada dalam doa kami, golongan daun kari.

Tapi, isshh, aku ada jugak sekali hantar sms kat dia lepas dia dapat Dato' Seri. Aku bukan apa, saja nak test dia ni ingat ka dak geng daun kari macam aku. Rupa-rupanya dia masih kenai lagi aku atau mungkin aku ada hutang lagi dengan dia tapi aku rasa hutang tu dah boleh hapus kira kut, dah perintah ni takkan aku jugak yang kena kut.

BtW, berbalik kepada persoalan asal, nak belasah ka dak? Aku rasa buat masa ni bair matsamankati ja lah belasah. Kut aku nak tumpang belasah aku tumpang dia ja laa. Tapi bila aku rasa aku perlu belasah, jaga! dengan Lim wakil rakyat kg aku sekali pun boleh habih aku londeh kalau aku mau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...