Nak jaga ketuanan Melayu konon!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 16, 2008

Nak jaga ketuanan Melayu konon!!

Aku kalau ada sapa-sapa pun mai bersembang dengan aku bukak isu "Ketuanan Melayu" benda yang mula-mula jengoi kat kepala otak aku "ni mesti umnoi atau pun jenis yang malas baca malas pikir." Memang biasa sangat, walaupun dari jenis 'PAS karat hijau kalau letak ketui batu pun jadi calon PAs dia mesti pangkah' yang kalau panjang sikit berhujah mesti dengar macam pemimpin umnoi berceramah. Biasa sangat, nak dapat 1 dalam 10 yang 'faham' apa yang depa cakap pun susah.

Kalau sembang pasai melayu mesti yang teruknya Cina. Last sekali mesti depa kata kita jangan bagi can kat cina. Senang cerita sebab musabab melayu teruk ialah cina. Macam kalau takdak cina kat Malaysia ni semua masalah melayu akan automatik hilang.

Aku masa sekolah dulu pun memang percaya metos ni. Masa tu tak kanyaq lagi. Mana reti nak pikir berlapis-lapis. Walaupun kononnya belajar kat sekolah hebat. Bukan sekolah tapi Maktab. Pulak tu ada diajar creative thingking, Edward de Bono kalau tak silap. Segala macam Cara berfikir diajar. Tapi kerap jugak ada program semacam kursus anjuran BTN yang isi last sekali melayu mesti bersatu kalau tak akan dilanyak orang cina Begitu bersemangat menyanyi lagu Putera Dari Gunung yang turun kelembah yang akhirnya menggenggam tangan julang ke udara . Yang paling semangat sekali bila nyanyi lagu Hidup Melayu.

Langsung aku taktau yang aku ditipu hidup-hidup. Menyanyi bagai nak rak lagu Hidup Melayu. Sungguh-sungguh aku menjiwai senikata yang memang masa tu kalau aku nyanyi meremg bulu tengkuk, semangat melayu konon. Rupa-rupanya selama tu aku kena tipu. Yang aku nyanyi tu bukan lagu hidup melayu tapi hidup umnoi. Depa ubah lirik dari "UMNO terus mara..." kepada "Melayu terus mara..."

Memang cilaka sial!!

Maksud aku apa yang pemimpin umnoi sebuk sangat pasai ketuanan melayu, servival melayu, melayu kena bersatu dan macam-macam lagi slogan.

Bukan la masudnya aku takmau mengaku yang aku melayu, bukan maksudnya aku tak suka melayu bersatu, melayu jadi cemerlang gemilang dan terbilang, malah aku tak kisah kalau aku jadi melayu terakhir yang mempertahankan melayu. Masalahnya kat Malaysia ni kalau melayu nak bersatu mesti kena dengan umnoi, nak menjaga servival melayu mesti dengan umnoi, nak jaga ketuanan melayu mesti dengan umnoi. Meluat aku.

Memang tepat sangat bila Mat Sabu kata MELAYU BARUA. Memang barua, barua umnoi. Malaih nak guna akai atau mungkin langsung takmau guna akai. Mudah sangat terpengaruh dengan segala macam selogan retorik melankolik yang plastik.

Kalau ada golongan lain yang jadi kepala nak betul-betul jaga melayu, daulatkan ketuanan, aku akan join sama dan aku tak kisah walaupun perlu jadi balaci. Sama jugak aku tak kisah langsung kena kutip sampah lepas ceramah malah aku dengan bangga mengaku seronok menjadi pengutip sampah lepas ceramah masa kempen pilihanraya tahun 99 yang pernah sampah penuh satu lori 1 tan. Malah baru ni pun masa ceramah MB kat Padang Bandaran aku masih sempat kutib sampah lepas ceramah cuma tak payah angkut pasai depa kata MDK akan angkut esok pagi.

Maksud aku, aku sanggup jadi pengutip sampah dalam perjuangan mendaulatkan ketuanan Melayu kalau bukan umnoi atau proksi umnoi yang menggerakkan.


Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun aku duduk disitu
beratus ratus tahun

Kini ku turun kelembah
melihat menusia
kecil miskin lagi hina
hidup mereka melata-lata

Tangan ku genggam ku julang keudara
akan ku laungkan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi

Lebih 18 tahun takat tu ja lirik yang aku ingat. Yang tak ingat lirik penuh boleh rujuk sini


MELAYU TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...