Politik Komersial | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 27, 2008

Politik Komersial

Sapa kata semua orang PAS kerja ikhlas. Ada laa kut beberapa kerat kat grassgroot. Yang kat atas-atas tu payah sikit nak yakin. Kalau betul-betul nak cari yang seikhlas-ikhlasnya macam kata member aku sorang tu, payah laa, lebih payah dari cari gula masa krisis gula hari tu walaupun mungkin tak sesusah cari jarum peniti tengah padang bola.

Kita bagi light sikit, kategori orang PAS yang tak buat kerja pasai nak cari 'makan', yang ni memang ramai. Memang ramai yang duit habis tak berkira.Tapi kalau ikut cerita macam kat Parit Buntar, si Ah Tek pun habih belambak jugak. Depa kata masa PR tahun 99 dulu dia habih lebih 10k, bebelas ribu jugak laa kut. PR ke 12 baru ni tak dengar cerita pulak, mungkin tak banyak macam tahun 99 pasai bisness mercun tak berapa nak jalan. Kalau nak kira habih duit banyak, baru tahap Ah Tek, orang kuat Kelab Penyokong kat belah Kuala Kurau sana. Poster pun dia pasang, bendera pun dia penaik.

Aku dok ingat lagi masa lepas menang tahun 99 dulu, cukup ramai kerumun masa YB 'mai' melawat kawasan. Tambah-tambah masa baru-baru menang. Tah apa yang depa kerumun aku pun tak tau. Muka-muka yang kita kenai, bukan tak kenai, masa dok sibuk-sibuk kempen pun ada tapi masa calon ada laaa, masa calon takdak haram nak nampak. Depa ni jangan tanya pasai UPU, depa mengundi kat UPU mana pun taktau, takat mengundi kat sekolah mana tau laa kut. Tu pun pasai dah semak nama. Depa ni buat kerja dengan calon, UPU, lokaliti ni tak main laaa.

Kalau nak kira masa tu bukan ada apa pun. Takat menang kerusi Parlimen dan State. Bukan memerintah pun. Tak tau laa kut ada GHANIMAH yang depa nampak tapi aku tak nampak. Jenis-jenis ni laa yang kami panggi geng KOMERSIAL atau istilah yang lebih tepat geng GLAMOUR. GLAMOUR ooo ikut YB ni, semua orang kenai. Ramai orang nak rapat dengan harapan boleh dekat dengan YB, aku rasa laaa.. Tak paham aku.

Mungkin aku tak paham pasai aku tak terpikir apa yang depa pikir. Aku punya fikir apa kejadah nak kerumun YB, takat nak bersalam, lepas tu? Tak payah basuh tangan macam dalam filen Musang Berjanggut? Kalau salam dengan Tok Guru mungkin laa jugak kut, kut-kut boleh lekat berkat Tok Guru.

Tapi la ni lagi hebat aku rasa sebab dah perintah negeri. Pulak tu heboh kata tak lama lagi PR nak perintah Malaysia. Pak Syeikh jadi PM. Lagi laa meneru geng-geng komersial mengerumun. Mungkin ramai yang dok aim kerusi Ahli Majlis. Dok intai-intai jawatan kosong. Mula dok risik-risik mana ada lubang nak boleh masuk projek.

Yang tahap lebih tinggi mungkin dok congak-congak elaun pengarah syarikat kerajaan negeri. Ingat-ingat balik kot-kot ada tanah kerajaan yang boleh mintak geran. Risik-risik peruntukan geran apa yang ada kut boleh propose projek baru. Mula rapat dengan Exco kut boleh supply apa-apa.

Hat yang ni laa geng KOMERSIAL. Depa ni ligat intai peluang. Dapat masuk sikit-sikit pun takpa. Tak payah besar, boleh dapat kontrek katering majlis-majlis rasmi pun dah ok. Lumayan tu. Kerja senang jaa, modai air liur. Takap pi melobi, lepas tu cari keterers yang belambak dok ada. Mintak sebutharga lepas tu muck-up sikit-sikit. Yang suplly barang pun senang jugak. Takat modai air liur sembang dengan supplier, payment tak susah pasai boleh back-to back. Takkan supplier tak yakin, ni kerajaan Pakatan Rakyat yang mengamalkan keadilan untuk semua, bukan macam masa BN dulu. Nak bagi lagi percaya pekemaih kepiah kat atas kepala. Takkan tuan haji depa tak percaya. Sebelum ni masa lepas pilihanraya depa elok bayar.

Sapa kata orang PAS tak pandai? Lama dah depa dok perati cara UMNO buat kerja macam ni. Salah ka? Bagi aku tak salah. Selagi depa tak salah guna kuasa, selagi depa tak rasuah mana boleh kata salah. Mana boleh bawak pi court. Depa-depa ni cuma merebut peluang yang ada. Peluang yang selama ni orang UMNO ja yang dapat. Yang jadi tak salah pasai depa ni tak payah bayar percent. Takkan Kerajaan Pakatan Rakyat nak rasuah jugak.

Kalau masa UMNO dulu ikut kata orang, geng-geng macam ni kena bayar 'komisyen' kat Ketua Bahagian, kat Wakil Rakyat, kat Exco. Busuk-busuk pun 5%. Sampai ada yang kena bayar 25%. Kalau tak takkan baru jadi YB tak sampai 3 bulan dah boleh pakai BMW, tak makan tak minumm pun duit elaun belum tentu cukup nak bayar muka. Duit drebar lagi, overhead pejabat lagi, sponsor sana-sini lagi. Berani kerat jari mesti duit rasuah punya, tak pun kereta tu pun tokey bagi, salam 'pengenalan' untuk YB.

Dari itu aku nak pesan kat para YB dan jugak para YAB. Ingat-ingat laa kat geng-geng DAUN KARI yang panjat pokok tampal poster, penaik bendera sampai bercalar dada; yang berbuih mulup pi merayu rumah ke rumah sampai ada yang kena peligan dengan parang; yang dok mencula, tenung buku Daftar Pemilih sampai kena tambah power spek mata; yang mengadap komputar buat risalah sampai berpinar bijik mata, yang tanggung PA system, laptop, LCD nak buat ceramah kelompok sampai lenguh bahu dan macam-macam kerja lagi yang YB tak payah buat. Depa-depa ni tak harap apa-apa kecuali kemenangan, kemenangan yang kalau boleh harga petrol turun sikit, harga barang tak naik, anak-anak mengaji tak payah kena bayar yuran. Kurang-kurang pun dapat tumpang bangga BN kalah ganti dengan kerajaan yang BERSIH, TELUS dan PERIHATIN RAKYAT.

Yang lebih penting aku nak pesan jangan lupa golongan MARHAEN. Yang bulan-bulan pecah peluh kerja takat boleh dapat dua-tiga ratus. Yang jarang miss pi bila ada ceramah. Yang dari pakit depa ni la kita dok kutip DERMA JIHAD. Yang kalau seringgit depa bagi tiap kali ceramah, dalam 13 hari kempen 10 kali depa pi, kira-kira tak kurang 10% dari pendapatan depa bagi untuk pilihanraya. Tu tak masuk lagi yang UPU kutip, yang cawangan kutip, yang depa beli bendera sendiri nak pasang depan rumah. Depa-depa ni kalau terasa kat hati, depa mengadu dalam tahajjud, boleh pulak sebut nama YB, tak tau laaa...

Dari itu jagalah tutur kata, peliharalah tingkah laku. Jangan sampai DILIHAT takdak beza dengan wakil rakyat UMNO dan jangan sekali-kali jadi YB KOMERSIAL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...