Ada penchachai yang bomohkan Nurul Izzah dengan suami? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 24, 2014

Ada penchachai yang bomohkan Nurul Izzah dengan suami?

Tak mustahil ada penchachai yang guna bomoh untuk cuba meruntuhkan rumahtangga Nurul Izzah dan Raja Shahrir yang dari sudut politiknya memang akan sikit sebanyak bagi persepsi negatif bukan saja kepada Nurul dan PKR tapi juga Pakatan Rakyat.

AstroAwani melaporkan:
Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terus menafikan dakwaan yang mengatakan beliau memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan petang ini, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir melahirkan rasa sedih dengan berita yang tersebar itu. - AstroAwani.
Semalam mStar melaporkan:
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.

Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyedikan dokumen berkaitan. - mStar.
Bila aku terbaca berita pasai isu tuntutan fasakh Nurul Izah ni aku pun taktau pasai apa aku terus terfikir kemungkinan Nurul Izzah dan suami dia dibomohkan. Mungkin jugak kut pasai selalu sangat melepak malam-malam minum dengan member bomoh.

Walaupun aku selalunya cukup skeptikal dengan bomoh tapi memang tak boleh dinafikan orang melayu memang ada yang hebat dalam bab bukan saja ilmu pengasih tapi jugak ilmu pembenci.

AstroAwani juga melaporkan:
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir menegaskan mereka berdua gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan yang dibina 10 tahun lepas.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan. - Ibid.
Aku bukan nak tuduh tapi bila Nurul dan Shahrir kata depa berusaha gigih aku rasa depa patut jugak check sama dari sudut mistik ni.

Memang ada logiknya kut, tambah-tambah main dengan puak-puak penchachai Umno BN ni bab guna khidmat bomoh dalam berpolitik depa memang hebat dan tak mustahil ada penchachai yang guna bomoh untuk meruntuhkan rumahtangga Nurul Izzah dan suami yang dari sudut politiknya memang akan sikit sebanyak bagi persepsi negatif bukan saja kepada Nurul dan PKR tapi juga Pakatan Rakyat.

Dan tak mustahil jugak penchachai tu bukan penchachai Umno BN tapi penchachai yang ada dalam PKR yang nak memburukkan nama Nurul Izzah sempena kedatangan pemilihan PKR yang dah dekat sangat ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...