MalaysianInsider melaporkan:
MUKAH, 9 April – Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.Memang berani Taib Mahmud boleh belasah Najid sampai macam tu. Dah tentu la keputusan tu Najib sebagai Perdana Menteri dah luluskan. Kalau tak takkan berani Idris Jala buat kenyataan macam tu. Maknanya Taib Mahmud secara tak langsung kata bodoh tu kat Najib.
Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.
Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.
“Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata ‘ya, saya setuju’,” kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini. - TMI
Demi untuk memastikan BN terus menang di Sarawak, Najib terpaksa bersetuju dengan Taib Mahmud walaupun terpaksa tarik balik keputusan yang dah pun di buat.
Aku teringin sangat nak dengat ulasan berapi dari PERKASA. Sejak isu pasai penahanan AlKitab di pelabuhan ni timbul PERKASA langsung aku tak dengar depa komen. Dulu masa isu kristian guna perkataan allah, bukan main lagi berapi PERKASA. Isu sekarang ni lebih besar dari sekadar perkataan Allah yang kristian guna, malah satu AlKitab terus depa guna bahasa melayu. Kalau ikut sentiviti, patutnya isu ni PERKASA kena lebih-lebih lagi berapi.
Selain tu, menarik jugak kalau boleh dengar ulasan dari Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussain. Sebelum ni, selepas nampak macam penerimaan orang kristian tak berapa nak ok bila Idris Jallan bagi cadangan penyelesaian 10 perkara, Hishamuddin keluarkan kenyataan yang belum ada kata putus dari Kementerian Dalam Negeri dalam isu AlKitab ni.
Para Mufti pun nampak gayanya macam biasa, sunyi sepi kecuali mufti Selangor dan mufti Perak. Kenyataan Mufti Selangor tu memang cukup keras. Aku pun tak sangka Mufti Selangor tiba-tiba boleh keluar kenyataan sekeras tu.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.
Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.
“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.
“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.
“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.
“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.
Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.
“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.
Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.
Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.
Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.
Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.
Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.
Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.
Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.
Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. - TMI
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis