Gerakan Auto 21: Dah 15 tahun tapi kerajaan masih mengkaji samada nak mengkaji atau tidak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 07, 2014

Gerakan Auto 21: Dah 15 tahun tapi kerajaan masih mengkaji samada nak mengkaji atau tidak?

Lebih 680,000 tak layak mengundi walaupun dah mendaftar termasuk Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram yang bawak kes tak boleh mengundi tu ke mahkamah. Kalau pendaftaran pengundi secara automatik berjalan tentu punya Umno BN tumbang masa PRU10 tahun 1999 tu.

Sinarharian melaporkan:
Pemuda Pas hari ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem pendaftaran pengundi yang sedia ada.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, gerakan tersebut ialah program gerakan pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Turut merasmikan program gerakan tersebut, beliau berkata, penubuhan Gerakan Auto 21 adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Sistem ini telah dicadangkan sejak kali pertama Bersih diadakan. Ianya bertujuan untuk menjimatkan kos serta perbelanjaan Negara dalam proses pendaftaran pengundi.

"Dengan adanya Gerakan Auto 21, tenaga kerja dan masa juga dapat dijimatkan. Proses pendaftran juga jadi lebih mudah," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini. - Ibid.


Bernama pada 30 Jun melaporkan:
Kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

"Sekiranya cadangan (pendaftaran secara automatik) tersebut hendak dilaksanakan, ia memerlukan kajian yang lanjut dan mendalam sebelum sebarang pindaan dibuat pada peruntukan yang sedia ada," katanya di Dewan Negara di sini hari ini.

Shahidan yang menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader juga berkata, selagi kajian itu tidak dijalankan, kerajaan tidak bercadang melaksanakan pendaftaran automatik.

Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan antara lain menyebut seseorang rakyat Malaysia mesti memohon untuk mendaftar sebagai pemilih serta terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun. - Utusan.
Hangpa nampak dak jawapan BANGANG dari menteri Umno ni. Memang la nak laksanakan cadangan tu kena buat kajian terpeinci.

Kalau tak buat kajian terpeinci nanti akan jadi macam PPSMI, dasar pelajaran jadi carca merba, bukan saja tak menyelesaikan masalah tapi menambahkan lagi masalah penguasaan Matematik dan Sains terutama di kalangan orang melayu. Duit rakyat dibazirkan yang katanya sehingga 12 billion. Yang untung cuma syarikat kroni.

Cuma masalahnya, bila kerajaan nak mula buat kajian pasai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik tu. Gila apa kalau kajian untuk nak buat kajian atau tak 'pendaftaran pengundi secara automatik' pun kerajaan ambik masa dekat 15 tahun tapi masih takdak keputusan lagi nak kaji atau tak.

Isu pendaftaran automatik ni dah hangat sejak sebelum PRU199 lagi, masa tu cukup ramai yang tak boleh mengundi pasai walaupun depa dah mendaftar (sebenarnya baru mendaftar) tapi nama depa belum masuk dalam daftar pemilih yang diguna untuk PRUtahun 1999 tu.

Lebih 680,000 tak layak mengundi walaupun dah mendaftar termasuk Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram yang bawak kes tak boleh mengundi tu ke mahkamah. Kalau pendaftaran pengundi secara automatik berjalan tentu punya Umno BN tumbang masa PRU10 tahun 1999 tu.

Dan macam biasa SPR beraksi macam 'si anjing Umno' dengan gunakan kuasa yang depa ada, gunakan daftar pemilih yang disahkan pada 7 Januari untuk pilihanraya yang diadakan pada 29 November dan Umno BN masih menang bergaya dengan majoriti lebih 2/3.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...