Tahap kehebatan Khalid Ibrahim yang 'tak reti berpolitik' punya penangan politik... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 06, 2014

Tahap kehebatan Khalid Ibrahim yang 'tak reti berpolitik' punya penangan politik...

Memang hebat la Khalid Ibrahim ni, ukan kata buah silat Azmin Ali dia boleh tepih, tapi 'Kajang Move' yang Anwar Ibrahim bawa pun gagal singkirkan Khalid dari kerusi MB Selangor.


Utusan melaporkan
Dakwaan bahawa beliau enggan meletakkan jawatan Menteri Besar seperti diarahkan oleh Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu perbuatan keji dan tidak bertanggungjawab.

Menurut Abdul Khalid, tiada sebarang perbincangan dibuat dalam parti berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar termasuk mahu beliau melepaskan jawatan. - Utusan.

Hebat jugak rupanya mainan politik Khalid Ibrahim ni. Dalam ramai dok kata dia tak pandai berpolitik tapi sampai lanie Azmin Ali yang kononnya lebih cekap berpolitik masih tak gagal singkirkan Khalid dari kerusi MB Selangor.

Lebih menarik lagi, Utusan juga melaporkan:
Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mendakwa Abdul Khalid enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada agenda Langkah Kajang.

Shuhaimi mendakwa peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR pada 15 Januari lalu untuk memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Mac lalu. -Ibid
Memang hebat la Khalid Ibrahim ni, ukan kata buah silat Azmin Ali dia boleh tepih, tapi 'Kajang Move' yang Anwar Ibrahim bawa pun gagal singkirkan Khalid dari kerusi MB Selangor.

Sinarharian hari ni pulak melaporkan:
Pimpinan Pas Pusat dan Selangor dijadualkan bertemu hari ini bagi membincangkan suasana politik negeri Selangor.
Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu Sinar Harian, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi turut membincangkan perkara lain juga. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan itu.
“Ya, ada pertemuan antara Pas Pusat dan Pas Selangor Ahad ini.
"Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas Kawasan berhubung isu menteri besar,” katanya. - Ibid.
Nasib baik la PAS dah lama pecat Dr. Hasan Ali. Kalau tidak tentu lagi meriah kemelut Khalid Ibrahim isu kerusi MB Selangor yang cukup panas ni.

Aku dok rasa sekarang ni Dr. Hasan Ali yang paling menyesal sekali. Kalau la dia sabaq sikit, tak kalut sangat sampai PAS terpaksa pecat dia hari tu, tentu dah kot kerusi MB Selangor milik dia sekarang ni.

Tapi itulah hebatnya ketentuan Allah, setiap sesuatu kejadian memang ada hikmahnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...