Khalid Ibrahim bakal bubar Dun Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 07, 2014

Khalid Ibrahim bakal bubar Dun Selangor?

Tapi kalau betul Khalid sangat-sangat rapat dengan sultan apa kata kalau dia pi minta perkenan bubar saja Dun Selangor, bagi balik mandat untuk 'pilih MB' kepada rakyat Selangor.


Aku dapat msg wasap dari banyak sumber yg berbunyi:
1045AM // Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada DYMM Tuanku Sultan.

Exco Kerajaan Negeri YB Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 2.00 petang ini. -BERNAMA
Bernama dah pun menafikan berita tu dari depa.



Aku tak pasti yang ni sapa punya permainan tapi kalau dah sampai tahap ni punya mainan rasanya tak lama dah kut Khalid terpaksa jugak mengosongkan kerusi MB Selangor tu.

Aku cukup tertarik dengan Infografik kat bawah ni.



Aku tak pasti bila dan di mana Khalid ada cakap macam tu dan aku malas aku nak google. Tapi dah Latifa Koya update status facebook macam tu tentu la Khalid memang ada kata macam tu

Otak jahat aku terfikir, kalau betul Khalid sangat-sangat rapat dengan sultan apa kata kalau dia pi minta perkenan bubar saja Dun Selangor, kut mana pun dia akan terlepas jugak jawatan MB Selangor tu. Bugis sama bugis takkan Sultan Selangor tak sudi nak tolong kut.

Daripada dapat kat Azmin yang tamak haloba atau pun Wan Azizah yang pasti akan jadi papet Anwar,  lebih baik kut kalau Khalid bagi balik mandat umtuk 'pilih MB' kepada rakyat Selangor.

Kalau Khalid berani buat macam tu, plan tu tentu akan jadi plan yang jauh lebih hebat dan dahsyat dari 'kajang move'.
posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...