Fitnah 'Himpunan Guling Kerajaan' - Azan Safar mangsa pertama ditahan polis | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 24, 2013

Fitnah 'Himpunan Guling Kerajaan' - Azan Safar mangsa pertama ditahan polis

Azan Safar pengerusi TURUN nampaknya adalah mangsa pertama fitnah 'Himpunan Guling Kerajaanyang polis ambil. Aku yakin lepas ni akan ada mangsa-mangsa seterusnya yang akan polis ambil, tambah-tambah lagi kalau tangkapan ke atas Azan Safar tu merancakkan lagi semangat 'Himpunan Guling Kerajaan' pada malam 31 Disember nanti.

Semalam update dalam Facebook Gerakan Turun Kos Sara Hidup - TURUN:
Kereta Proton Waja berwarna silver bernombor plate WML 4089 menahan saudara Azan Safar. Kata mereka akan dibawa ke IPD Dang Wangi. Kita doakan semoga tidak berlaku apa-apa yang tak diingini.

Beberapa aktivis TURUN yang bersama dengan Azan ketika makan dihalau dengan kasar dan diherdik di depan orang ramai. - Facebook   
Facebooker Mehmet Fikovic yang katanya adalah Peguam dari Juham update status:
Update kes tangkapan Muhamad Azan Safar, Pengerusi TURUN yg ditangkap sekitar jam 11.30 mlm tadi.

Beliau telah ditahan di IPD Dang Wangi utk siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman yg dibaca bersama Seksyen 124 (c) Kanun Keseksaan. Sy telah mohon supaya Azan tidak ditahan mlm ini tapi tak dibenarkan oleh IO atas alasan Seksyen 124 (c) KK adalah kesalahan jenayah serius (cubaan utk menjalankan dentrimental activity against parliamentary system).

Beliau akan dibawa di hdpn Majistret esok jam 9.30 pagi di Lokap Polis IPD Dang Wangi (aras ground floor) utk perintah reman. Sy dimaklumkan oleh IO, Polis akan mohon perintah reman utk 14 hari bermula esok.

Mohon doa semua dan teruskan solidariti rakyat yg semakin tertindas. - Facebook.
Ramai yang berkumpul di luar IPD Dang Wangi untuk tunjukkan soladiriti untuk Azan Safar termasuk Ketua Pemuda PAS yang baru, Suhaizan Kayat.

Untuk perkembangan terkini boleh rujuk facebook Gerakan Turun Kos Sara Hidup - TURUN

Nampak gayanya pihak polis dah mula bertindak ke atas program yang tah sapa tah pandai-pandai buat fitnah namakan sebagai 'Himpunan Guling Kerajaan' yang katanya akan dibuat pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka sempena sambutan tahun baru.

Mungkin kut polis dah tak tahan pasai banyak sangat laporan polis dari puak-puak Umno yang berlindung disebalik NGO, malah ada yang lebih bangang kata Himpunan tu kononnya merancang nak gunakan BOM semata-mata merujuk status facebook tak mamat mana tah.

Portal berita penggomo, RakyatNews.my  melaporkan:
Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, laman sosial tersebut semakin terdesak sehingga mengatakan akan menggunakan bom pada perhimpunan tersebut. - RakyatNews.
Cuma aku sikit heran bila portal milik papagomo ni boleh 'tersilap' guna Himpunan Bersih 4.0 dalam masa pihak polis nampak lebih berminat dengan nama 'Himpunan Guling Kerajaan'.

Azan Safar pengerusi TURUN nampaknya adalah mangsa pertama fitnah 'Himpunan Guling Kerajaan' yang polis ambil. Mungkin pasai Flashmob yang TURUN anjurkan semalam 'berjaya'.

Malaysiakini melaporkan:
Penganjur flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam gembira kerana berjaya mencapai objektif, walau dengan gangguan pihak polis yang mengejar peserta dan merampas bahan yang digunakan semasa acara tersebut.
Jurucakapnya Azan Safar berkata kumpulan seramai kira-kira 100 orang itu, yang ingin menyuarakan bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan penghapusan pelbagai subsidi pada awalnya mengunjungi pusat membeli belah Mid Valley.

Menurutnya, sejumlah anggota polis mengejar dan merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit.

"Mereka (polis) mengejar sebahagian daripada kami di sekitar pusat membeli-belah untuk memaksa kami keluar. Namun, Kami kembali di luar pusat membeli belah. Ia (flash mob) tidak berakhir dengan baik kerana terdapat banyak halangan.

"Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan. - Mkini.
Aku yakin lepas ni akan ada mangsa-mangsa seterusnya yang akan polis ambil, tambah-tambah lagi kalau tangkapan ke atas Azan Safar tu merancakkan lagi semangat 'Himpunan Guling Kerajaan' pada malam 31 Disember nanti.

Sapa mangsa seterusnya, aku dok rasa mungkin polis akan ambil sorang dua facebookers kut...

Jangan ambik aku sudah la pasai aku cuma minat nak berguling-guling di Dataran Merdeka sambil tengok bunga api ja... Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...