Aku yakin untuk pastikan dia menang kes petisyen pilihanraya Parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi sanggup belanja lebih banyak dari tu dan dengan lebih banyak dari RM2juta tu dan ditambah pulak dengan kuasa yang dia ada sebagai Menteri Dalam Negeri, agak-agak hangpa apa yang Zahid mampu buat?
Malaysiakini melaporkan:
Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula petisyen yang difailkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.
Panel lima orang hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Umi Kalthum Abdul Majid pada 15 Ogos lalu memutuskan bahawa petisyen oleh calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. - Mkini.
Aku yakin ramai yang seronok dengar berita ni terutama sekali depa yang mengundi calon PKR untuk Parlimen Bagan Datok masa PRU13 lepas. Macam tu jugak dengan kes untuk Dun Lubuk Merbau.
Kesian kat depa-depa ni pasai tertipu dengan berita ni, malah keputusan Mahkamah Persekutuan tu tak lebih sekadar satu harapan palsu.
Aku kata depa tertipu pasai aku yakin ramai yang tersilap, ingat kemenangan Zahid Hamidi dan Siti Salamah Mat Jusak tu dinafikan padahal keputusan Mahkamah Persekutuan tu cuma arahkan Mahkamah Tinggi bicara baik kes tu.
Dan aku cukup yakin bila Mahkamah Tinggi bicarakan balik kes petisyen tu terutama sekali untuk Parlimen Bagan Datoh, tentu punya la kemenangan akan berpihak kepada Zahid Hamidi.
Walau sehebat mana pun 'bukti' yang pempetisyen dan peguam depa kata depa ada, aku cukup yakin hakim takkan berani untuk membatalkan kemenangan Zahid Hamidi.
Malaysiakini juga melaporkan:
Laporan sebelum ini menyebut, dua petisyen berkenaan mendakwa calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membeli undi dan membelanjakan lebih daripada jumlah yang dibenarkan secara sah untuk berkempen.Takkan beraninya hakin mahkamah tinggi yang berkenaan nak buat keputusan 'sabotaj' Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno. Tentu punya Zahid Hamidi akan pastikan dengan apa cara sekali pun kemenangan dia di parlimen Bagan Datoh tu adalah sah dan halal.
Petisyen itu menyatakan bahawa Ahmad Zahid membelanjakan sehingga RM2 juta, sedangkan had perbelanjaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ialah RM200,000 bagi kerusi Parlimen.
Petisyen tersebut disertakan dengan gambar-gambar dalam blog Ahmad Zahid, yang digambarkan beliau mengedarkan bantuan dalam kawasan Parlimennya sebagai bukti. - Ibid.
Aku cukup yakin sebenarnya Zahid Hamidi belanja lebih dari RM2juta untuk PRU13 tu dan aku yakin untuk pastikan dia menang kes petisyen pilihanraya Parlimen Bagan Datok ni Zahid Hamidi sanggup belanja lebih banyak dari tu dan dengan lebih banyak dari RM2juta tu dan ditambah pulak dengan kuasa yang dia ada sebagai Menteri Dalam Negeri, agak-agak hangpa apa yang Zahid mampu buat?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis