Himpunan Guling Kerajaan di Dataran: Tengok bunga api sambil guling atas jalan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 18, 2013

Himpunan Guling Kerajaan di Dataran: Tengok bunga api sambil guling atas jalan?

Tapi kalau nak kira lagi menarik Himpunan Guling Kerajaan tu sempena sambutan tahun baru di Dataran merdeka, habih takdak pun boleh tengok bunga api sambil guling-guling atas jalan raya... Hahaha...

Malaysiakini melaporkan:
Penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) memutuskan untuk mengadakan perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengerusi TURUN, Azan Safar berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama NGO terlibat - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. - Mkini. - Mkini
Nasib baik la depa tak setuju cadangan pengerusi TURUN ni yang cadang nak buat himpunan tu di padang.

Semalam Malaysiakini melaporkan:
Penganjur bagi perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dirancang untuk diadakan pada malam ambang tahun baru masih mempertimbangkan lokasi sesuai bagi acara tersebut.
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar dalam kenyataannya menyebut, tiga lokasi yang dipertimbangkan itu termasuk padang Kelab Sultan Sulaiman.

Dua lagi kawasasn yang dipetimbangkan ialah Padang Merbok dan Padang Timur, Amcorp Mall, katanya melalui sistem pesanan WhatsApp. - Mkini.  
Apa barang buat himpunan kalau sekadar kat padang Merbuk atau padang Kelab Sultan Sulaiman. Kalau takat nak buat kat padang macam tu lagi elok buat kat padang Sekolah Kebangsaan Lemoi, sapa pun takkan marah dan tentu punya takdak peniaga yang akan 'teraniaya'.

Malaysiakini juga melaporkan:
Aktivis berkenaan bagaimanapun menjelaskan, acara tersebut tiada kena mengena dengan satu lagi perhimpunan yang dipromosi sebagai Himpunan Guling Kerajaan, juga di Dataran Merdeka.

Tegasnya, TURUN tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu.

“Kalau ada pun gerakan sebegitu, kami tidak akan bersama. Tujuan kita bangun nak bangkitkan amarah rakyat, bukan nak gulingkan kerajaan. - Ibid.
Tapi kalau nak kira lagi menarik Himpunan Guling Kerajaan tu sempena sambutan tahun baru di Dataran merdeka, habih takdak pun boleh tengok bunga api sambil guling-guling atas jalan raya... Hahaha...

Lagi menarik kalau disertai pertunjukan semburan air kimia dan gas pemedih mata secara percuma oleh FRU, lagi cantik la kalau sambutan tahun baru 2014 tu ditutup dengan demonstrasi 'membelasah warga perihatin...'

Sumber imej: Facebook
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...