Aku yakin lepas ni akan ada ramai lagi pemimpin PAS dari golongan ulama' yang akan ambil langkah yang sama, berlepas tangan dengan resolusi Multaqa terutama sekali yang suruh kaji semula Tahaluf Siyasi dengan PKR tu. Maklum la pemilihan parti dah semakin dekat.
[Sumber imej: Lensahp] |
Pas akan terus memperkukuhkan komitmennya dengan PR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama Pas dalam PR tidak merugikan parti, namun segala kelemahan akan diperbaiki melalui meja rundingan.
“Cadangan agar Pas menyemak tahaaluf siyaasi dengan rakan PR bukan bermakna memutuskan hubungan dengan mereka. - Sinarharian.
Nampaknya Ust Tuan Ibrahim pun tak berapa nak sokong resolusi Multaqa Ulama Semalaysia anjuran Dewan Ulama' PAS Pusat tu.
Bukas saja dia tak setuju resolusi tu yang kata kerjasama tu merugikan PAS tapi juga tak setuju kaji semula untuk putuskan hubungan, tapi setuju kaji untuk memperbaiki kerjasama.
Tak macam hasraat sebenar resolusi tu yang macam bagi kata dua, malah manpak lebih berat kepada putuskan hubungan dengan PKR yang jadi kemahuan Ust Harun macam yang aku syarahkan sebelum ni.
Sebelum ni jugak aku dah laporkan pendirian Presiden PAS yang nampak tak bersetuju dengan resolusi Multaqa tu yang nak jawatan Timbalan Presiden cuma dari kalangan ulama'.
Mursyidul Am pulak bukan setakat tak setuju Timbalan Presiden hanya untuk golongan ulama tapi menghentam rapat resolusi suruh kaji semula Tahaluf Siyasi dengan PKR dan anggap cadangan tu sebagai mengundur kebelakang.
Selain dari Ust Tuan Ibrahim, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Amar pun sama pendirian dengan Ust Tuan Ibrahim, setuju kaji balik Tahaluf Siyasi tu untuk kukuhkan kerjasama.
Utusam melaporkan:
Pas boleh mengkaji semula tahaluf siyasi parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang untuk memperkukuh kedudukan Pas.Aku yakin lepas ni akan ada ramai lagi pemimpin PAS dari golongan ulama' yang akan ambil langkah yang sama, berlepas tangan dengan resolusi Multaqa terutama sekali yang suruh kaji semula Tahaluf Siyasi dengan PKR tu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun menegaskan, kajian tersebut bukan bermaksud Pas undur ke belakang.
Ini kerana katanya, banyak keuntungan sebenarnya yang Pas perolehi hasil pakatan tersebut, meskipun parti itu gagal menyerlah dari segi jumlah kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Kalau kita nak kira dari segi kerusi, memanglah Pas ketinggalan berbanding parti-parti lain (dalam pakatan pembangkang), tapi dari segi politik dan masa depannya, kita melihat banyak kebaikan hasil daripada kewujudan Pakatan Rakyat, ruang untuk kita menyampaikan mesej politik Islam dan dakwah itu lebih terbuka," katanya. - Utusan.
Tambah-tambah bila depa tengok resolusi tu bukan saja dipandang sinis oleh yang bukan ahli PAS tapi ahli PAS sendiri pun cukup ramai yang tak berapa nak setuju terutama sekali dari kalangan bukan berkelulusan agama..
Maklum la pemilihan parti dah semakin dekat dan depa pun sedar majoriti perwakilan bukan dari kalangan berkelulusan agama.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis