Perkembangan terkini OKZ Geng Botak 12+1 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 18, 2013

Perkembangan terkini OKZ Geng Botak 12+1

Kalau la esok depa yang 13 orang mangsa demonstrasi di Bukit Chandan tu dipaksa oleh hakim kembali ke Penjara Tapah, aku nak cadangkan semua ADUN Pakatan Rakyat Perak ambil sorang satu keluarga sebagai keluarga angkat.

Harakahdaily melaporkan:
Mahkamah Tinggi Taiping hari ini menetapkan 19 September ini (Khamis) untuk pendengaran permohonan penangguhan hukuman yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik Perak tahun 2009 lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi telah menerima permohonan tersebut untuk didengarkan selepas bertemu dan berbincang dengan pihak peguam tertuduh ketika prosiding. - Hrkh.  
Saja aku gunakan nama OKZ Geng Botak 12 + 1. Biasanya pesalah yang kena penjara di gelat Oranh Kena Tahan (OKT) tapi untuk kes macam depa ni lebih sesuai kalau kita guna Orang Kena Zalim (OKT) macam yang dipopularkan oleh Zunar dalam video di depan Penjara Tapah yang aku bubuh dalam posting aku sebelum ni.

Sebelum ni aku guna Geng 13 sempena gerakan kerajaan yang kata nak benteras geng kongsi gelap dan kalau tengok ke hukuman penjara maksima yang depa terima yang tak boleh tangguh tu nampak macam depa lagi bahaya dari ahli kongsi gelap.

Kali ni aku guna Geng Botak 12 + 1 pasai masuk ja dalam penjara depa yang 12 orang tu terus dicukur kepala sampai botak yang lagi sorang tu tak kena cukur kut pasai perempuan. Dan katanya ada kawan-kawan yang dil uar pun dah botakkan kepala sebagai tanda bersolidariti dengan depa yang kat dalam.

Apa pun, macam laporan Harakahdaily tu esok akan ada pendengaran rayuan oleh peguam tu di Mahkamah Tinggi Taiping dan katanya kesemua 13 orang tahanan tu akan di bawa ke mahkamah esok.

Sumber: Facebook Nashita
Harap-harapnya esok hakim akan benarkan rayuan supaya hukuman penjara tu ditangguhkan sehingga habis kes ni dibicarakan di mahkamah rayuan.

Tara kes Khair Toyo rasuah beratus juta pun boleh tangguh hukuman penjara takkan kes depa ni tak boleh.

Kalau la hakim esok sama jenis takdak hati perut macam hakim di mahkamah Kuala Kangsar tu dan tak benarkan hukuman tu ditangguh, kesian kat keluarga tahanan tu.

Harakahdaily melaporkan:
Seorang isteri kepada perserta demontrasi Ops Bubar Dun Perak, Nashita Md Noor, 47, membayangkan terpaksa menjual rumah yang didiami demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Keputusan sukar dan berat itu terpaksa diambil sekiranya suami beliau, Bad Latif Mansor, 47, gagal dalam proses rayuan yang bakal difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.

“Keempat-empat anak kami masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di Jordan. - Hrkh.
Kak Nashita ni kira ok la jugak masih boleh bertahan walaupun terpaksa kena jual rumah tapi apa akan jadi pada yang lain?
"Abang, kita jual rumah ya abang." Bisik saya kepada suami sebaik Puan Hakim menjatuhkan hukuman tersebut. Suami saya sekadar mengangguk.

Adi Hilmee yang duduk di sebelah suami saya berbisik juga pada saya "Kak saya lagi susah tak ada harta, kerja tak tetap isteri pun tak kerja." Berkaca matanya. Saya tak terkata apa. - UmmuAsiah.
Kalau dalam dua tiga bulan pertama aku tak risau pasai insyaallah ramai yang akan membantu, ramai yang perihatin tapi aku risau jadi macam kes depa sebelum ni, masa awal-awal dulu memang ramai yang perihatin, ramai yang turun ke mahkamah Kuala Kangsar bagi sokongan moral tapi bila dah lama semua dah tak peduli, dah lupa pasai kes tu kecuali sebilangan kecil sahabat sejati depa.

Kalau la esok depa yang 13 orang mangsa demonstrasi di Bukit Chandan tu dipaksa oleh hakim kembali ke Penjara Tapah, aku nak cadangkan semua ADUN Pakatan Rakyat Perak ambil sorang satu keluarga sebagai keluarga angkat, tu pun kalau betul depa ikhlas simpati, bukan sekadar nak ambik kesempatan publisiti.

Bab makan pakai sakit demam keluarga depa-depa tu satu hal, tapi yang lebih penting kena jaga jugak emosi depa yang tentu punya akan alami tekanan bila kehidupan berubah serta merta akibat kezaliman yang tertimpa atas keluarga depa.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...