Tapi dengan adanya sorang lagi bakal calon ni nampaknya Khairy terpaksa 'berbelanja' lebih besar untuk menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno tu.
mStar melaporkan:
Seorang lagi mungkin akan mencabar jawatan Ketua Pemuda Umno semasa pencalonan Sabtu ini.
Razman Hakimi Abdullah, merupakan seorang blogger dan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian pada Isnin berkata, beliau akan menyertai pertandingan itu sekiranya pencabar Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah tidak meneruskan hasratnya untuk menentang penyandang Khairy Jamaluddin bagi jawatan itu. - mStar.
Semalam ni aku ada ulas pasai anak bekas menteri dari Umno Sanusi Junid yang bernama Akhramsyah tawar diri untuk lawan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.
Macam ulasan aku semalam, Khairy aku rasa takdak masalah kalau setakat untuk menang tapi Akhramsyah tetap ada peluang walaupun sangat tipis. Lagi saru kalau Khairy menang tapi cuma menang tipis, dari segi moralnya Khairy boleh dikira sebagai kalah.
Tak patut sangat penyandang jawatan yang dah berapa penggal pegang jawatan dan baru pulak dilantik sebagai menteri tapi kalah kepada seorang blogger saja.
Lagi satu, macam aku ulas semalam jugak, aku cukup Khairy memang ada peluang yang cukup besar untuk menang tanpa bertanding kalau dia berjaya 'beli' Akhramsyah. Tapi bila Razman pun sanggup nak lawan jugak Khairy terpaksa 'berbelanja' lebih besar untuk menang tanpa bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno tu.
Dan kalau Khairy gagal beli depa, Khairy tetap kena keluar 'belanja' yang tentu lebih besar lagi untukbeli undi perwakilan, tambah-tambah lagi dengan sistem pemilihan Umno yang baru yang bagi kuasa undi di peringkat Cawangan, bukan lagi sekadar beberapa orang di peringkat Bahagian.
Berkaitan
- Lagi satu berita buruk untuk Khairy Jamaluddin - Harakahdaily
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis