Ust Harun Taib cuba merasionalkan kaji semula Tahaluf Siyasi tapi TERKANTOI | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 17, 2013

Ust Harun Taib cuba merasionalkan kaji semula Tahaluf Siyasi tapi TERKANTOI

Episod mengarut ni menguatkan lagi persepsi aku yang sebenarnya bukan sangat pasai Tahaluf Siyasi dengan PKR sampai keluar resolusi Multaqa, tapi pasai Ust Harun Taib ada 'masalah' dengan Anwar Ibrahim.

[Sumber imej : Mole.my]
mStar melaporkan:
Tahun kelapan PAS dan PKR menjalinkan hubungan, ulama berpengaruh dalam parti Islam itu telah mula menggesa agar hubungan tersebut dikaji semula.

Ketua Ulama Datuk Harun Taib berkata mereka perlu menilai kebaikan dan keburukan hubungan PAS dengan PKR.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan DAP. Kita perlu mengkaji semula hubungan dengan PKR," katanya Ahad. - mStar
Aku anggap kenyataan Ust Harun Taib macam yang mStar laporkan ni adalah usaha Ust Harun untuk merasionalkan cadangan dia supaya PAS mengkaji balik Tahaluf Siyasi.

mStar juga melaporkan:
Harun menegaskan bahawa tumpuan beliau supaya PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan bukan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

"Saya tidak membuat apa-apa cadangan untuk mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan. Saya hanya memanggil untuk mengkaji semula hubungan kita dengan PKR, kerana kita tidak mempunyai masalah dengan DAP," kata Harun. - Ibid.
Maksud Ust Harun, cuma kerjasama dengan PKR saja yang kena kaji balik tapi kerjasama dengan DAP tak payah atas alasan "kita tidak mempunyai masalah dengan DAP".

Ust Harun Taib telah terkantui di situ. Macamana pulak Ust Harun boleh dengan yakin kata PAS takdak masalah dengan DAP sedangkan kajian menyeluruh belum dibuat.

Malaysiakini pada Nov 16 2012 melaporkan:
Pengerusi nasional DAP Karpal Singh hari ini dengan keras menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung kesediaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud.

MP Bukit Gelugor itu malah menyifatkan Harun "menyimpang jauh daripada kebenaran dan berniat jahat" apabila turut menyatakan bahawa beliau hanya kelihatan tidak bersetuju dengan hudud.

"DAP sejak sekian lama berulang kali menegaskan pendirian kami terhadap pengenalan hudud di negara ini.

"Hudud tidak boleh wujud dalam Malaysia yang merupakan negara sekular," tegas Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, DAP tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu kerana ia penting kepada asas kewujudan parti itu. - Mkini.
Utusan pada 13 Februari melaporkan:
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan beliau tidak rela Pengerusi DAP, Karpal Singh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama parti itu.

Menurut Harun, Karpal tidak boleh campur tangan dalam urusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun Pas dan DAP berada dalam satu pakatan.

''Saya tak suka orang lain ataupun dia campur tangan.

''Saya harap Karpal jangan lagi campur tangan hal dalaman Majlis Syura Ulama. Saya pun malas nak melayan dia," tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan.
Dua laporan 2 laporan kat atas sebagai contoh yang kalau pun mungkin bukan masalah PAS dengan DAP tapi patut jugak dikaji sama kemungkinan risiko-risiko untuk jangka masa panjang macam yang Ust Harun kata untuk hubungan dengan PKR

mStar juga melaporkan:
"Apa yang saya minta adalah supaya Majlis Syura menjalankan satu kajian yang komprehensif untuk menilai kesan kerjasama dengan PKR.

"Kita perlu mengenal pasti faktor-faktor dan risiko yang boleh mempengaruhi PAS dalam jangka masa panjang," katanya. - Ibid.
Memang jelas sangat yang Ust Harun terkantoi disitu dan aku yakin percaya Ust Harun timbulkan hal ni sekarang dengan harapan perkara ni akan mempengaruhi perwakilan masa Muktamar Agung PAS hujung tahun ni dengan menggunakan pengaruh 'suara' Multaqa Ulamak Semalaysia dengan niat dan perancangan tertentu.

Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau setakat nak suruh Majlis Syura kaji tak payah nak bising-bising sampai buat resolusi Multaqa, dengan wakil dari kalangan Dewan Ulama yang ramai dalam Majlis Syura' takkan kut ada masalah kalau sekadar nak pastikan Majlis Syura mengkaji semula Tahaluf Siyasi.

Episod mengarut ni menguatkan lagi persepsi aku yang sebenarnya bukan sangat pasai Tahaluf Siyasi dengan PKR sampai keluar resolusi Multaqa tapi pasai Ust Harun Taib ada 'masalah' dengan Anwar Ibrahim, tah pasai apa yang dia benci sangat dengan Anwar Ibrahim tu aku tak pasti.

Aku pun tak pernah suka kat Anwar Ibrahim tapi tak la sampai nak khianat kepercayaan yang rakyat dah bagi kepada Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menumbangkan Umno BN yang dah terlalu lama korup dan menzalimi rakyat tu.

Apa pun, aku harap laporan mStar tu berdasarkan apa yang Ust Harun Taib kata dan bukan rekaan semata-mata. Kalau semua tu fitnah aku harap Ust Harun Taib segera saman mStar.

Berkaitan
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...