Aku harap kenyataan TG Hj Hadi yang kata Timbalan Presiden tak semestinya ulama' ni diterima dengan hati dan akal yang terbuka terutama sekali oleh golongan ulama yang "kurang memahami tentang cabaran semasa" macam yang tercatat dalam resolusi pertama multaqa tu.
Dalam perkara ke-7 resolusi Multaqa Ulamak SeMalaysia semalam tercatat:
Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. - Ibid.
Yang pertama sekali, aku nampak macam Dewan Ulama' PAS Pusat nak baling batu sembunyi tangan, pasai tu depa catatkan ayat "menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan".
Nak tunjukkan macam Timbalan Presiden PAS mesti Ulama tu bukan kehendak dan kemahuan Dewan Ulama' PAS Pusat tapi lebih kepada kehendak perwakilan padahal aku cukup yakin itu adalah antara agenda utama Dewan Ulama' PAS Pusat melalui multaqa kali ni.
Cuma yang sikit melegakan bila TG Hj Hadi sendiri sebagai Presiden PAS nampak macam tak berapa nak setuju dengan saranan tu.
Sinarharian melaporkan:
Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.Aku harap kenyataan TG Hj Hadi yang kata Timbalan Presiden tak semestinya ulama' ni diterima dengan hati dan akal yang terbuka terutama sekali oleh golongan ulama yang "kurang memahami tentang cabaran semasa" macam yang tercatat dalam resolusi pertama multaqa tu.
"Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak," katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu. - Sinar.
Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis