Mungkin andaian aku tu salah tapi itu persepsi yang tertanam sejak dari dulu lagi berkenaan sistem perundangan di negara kita ni terutama sekali kalau melibatkan kes-kes politik.
Malaysiakini melaporkan:
Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu hari ini menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian. - Mkini.
Lebih menarik lagi bila Malaysiakini juga melaporkan:
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.Utusan pula melaporkan:
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000. - Ibid.
Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising.Pada aku petisyen pilihanraya ni lebih kepada buang masa dan buang duit. memang tak mustahil boleh menang tapi rasanya kebarangkaliannya sangat-sangat sikit.
Pada masa yang sama, mahkamah juga menolak bantahan awal Pas
dan menerima tiga petisyen yang difailkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Gaal.
Keputusan tersebut oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. - Utusan.
Terutama sekali untuk kes-kes kritikal macam di Perak yang Umno BN cuma lebih 2 kerusi berbanding Pakatan Rakyat.
Katanya Pakatan Rakyat buat 6 petisyen dengan harapan kalau menang dua pun dah cukup untuk merampas kuasa di Perak.
Aku cukup yakin semua petisyen tu akan ditolak dan pempetisyen terpaksa bayar RM30,000 pulak untuk setiap petisyen tu.
Pasainya kebarangkalian nak dapat hakim yang betul-betul adil pun bukan mudah. Walaupun tak dinafikan mungkin ada hakim yang betul-betul adil tapi aku yakin cukup ramai hakim yang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno' lagipun memang ramai yang sejak dari mula memang bermazhab Umno.
Adil saja tak cukup, yang lebih penting kena berani, bukan setakat berani untuk menghakim dengan adil tapi kena berani jugak tanggung apa-apa kesan kemudian akibat keberanian untuk berlaku adil tu.
Mungkin andaian aku tu salah tapi itu persepsi yang tertanam sejak dari dulu lagi berkenaan sistem perundangan di negara kita ni terutama sekali kalau melibatkan kes-kes politik.
Apa pun, petisyen dah pun dibuat, tunggu saja la kut perkembangan seterusnya sambil jangan putus ada berdoa, mana tau tiba-tiba hakim yang akan kendalikan petisyen pilihanraya tu tiba-tiba jadi adil dan berani.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis