Mengarut betui la Utusan ni, takdak ka orang lain kalau nak buat bahan spin pun. Kalau betul la ayat bai'ah tu main-main dan tak bersungguh-sungguh takkan takdak golongan Ustaz dalam kalangan ahli PAS di Kuala Besut tu yang sanggup jadi bangsat.
Utusan melaporkan:
Buat pertama kali, Pas meminta calonnya melakukan baiah (bersumpah) secara terbuka dalam majlis ceramah dan pengumuman calon di sini, malam tadi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.
Langkah di luar kelaziman itu dilakukan Azlan @ Endot Yusof, selepas diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon merebut kerusi tersebut yang diharap dapat dikuasai bagi memberi harapan kepada parti berkenaan kembali mentadbir negeri Terengganu. - Utusan.
Juga dilaporkan:
Menurut Abdul Hadi, kebiasaannya calon Pas berbaiah dengan membaca ikrar di hadapan wakil Majlis Syura Ulama.Antara lain baiah tu berbunyi:
"Namun, saya diwakilkan malam ini untuk meminta Azlan berbaiah yang disaksikan umum.
"Biasanya amalan ini dibuat dalam bilik tetapi hari ini, kita buat di tengah padang dan saya meminta supaya calon kita ikut apa yang akan saya baca nanti," katanya ketika berucap dalam ceramah itu. - Ibid.
"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.Saja aku kopipes laporan Utusan pasai aku tak jumpa matan baian ni dari sumber lain. Bunyi bai'ah kali ni memang berbeza dengan bunyi baiah cerai bini talak 3 yang popular suatu waktu dahulu.
"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Ibid.
Pada aku takdak masalah apa pun baiah ni, kecuali la kalau calon tu memang ada niat nak bertukar jadi katak lepas menang nanti, kalau macam tu memang patut sangat dia takut.
Yang menariknya Utusan juga melaporkan:
Islam tidak pernah mengajar para umatnya berbaiah seperti dilakukan oleh calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof dalam satu program di Kuala Besut, semalam.Sapa Mohd. Riza Kamaruddin ni? Lawyer? Magistrate? Aku tak kenai dan tak teringin pun nak kenai. Orang PAS Kuala Besut kenal la kut pasai dia mengaku dia 'aktivis PAS'.
Sebaliknya tegas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin, baiah hanya berlaku kepada ketua negara dan bukan selain daripadanya.
''Baiah itu bermaksud ikrar ketaatan kepada pemerintah atau kepada ketua. Namun, Islam tidak pernah mengajar kita berbaiah sebegitu rupa untuk menarik perhatian orang ramai.
''Apatah lagi baiah itu dibuat dengan perkataan 'sekiranya' di hadapan pemimpin dan penyokong parti mereka. Tidakkah itu boleh dilihat sebagai main-main dan tidak bersungguh-sungguh,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.
Mengarut betui la Utusan ni, takdak ka orang lain kalau nak buat bahan spin pun. Kalau betul la ayat bai'ah tu main-main dan tak bersungguh-sungguh takkan takdak golongan Ustaz dalam kalangan ahli PAS di Kuala Besut tu yang sanggup jadi bangsat.
Tapi kalau nak banding dengan bai'ah yang Najib Rosmah buat masa PAU depa tahun 2012 dulu, bai'ah Najib tu langsung tak berbentuk bai'ah, lebih sesuai kalau dipanggil akujanji saja.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis