Terutama sekali untuk orang yang kurang ada masa nak pi dengar kuliah di masjid dan surau pada bulan bukan Ramadhan, yang cuma ada masa untuk ke masjid pada bulan ramadhan sahaja, paling kurang pun ada jugak depa peluang untuk tuntut ilmu walaupun cuma sebulan untuk setahun.
AstroAwani melaporkan:
Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.
"Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita membuang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya di pejabatnya di sini, hari ini. - AstroAwani.
Memang ada logiknya alasan yang Mufti Perak ni bagi, memang tak dinafikan akan ada yang jadi tak khusu' sebab teringat-ingat isi tazkirah tu.
Tapinya kalau yang jenis sembahyang memang tak khusu' kalau takdak tazkirah pun tak khusu' jugak, belambak benda lain yang akan mai ganggu khusu'. Kalau jenis yang memang dapat nikmat khusu' orang cabut panah yang tertusuk di kaki pun dia tak sedar.
Lagi satu, alasan dia antara sunat tarawih dengan wajib tazkirah atau lebih tepat lagi wajib tuntut ilmu pun macam tu jugak, memang boleh diterima hujjah dia tu.
Cumanya, kalau kita tengok realiti kehidupan masyarakat sekarang yang semakin ramai yang minat nak tuntut ilmu, bila masa lagi orang Islam nak tuntut ilmu pada bulan ramadhan. Kalau bulan-bulan lain boleh kata semua masjid dan surau akan ada kelas pengajian dan kuliah selepas maghrib, paling kurang pun sebulan sekali tapi semua kuliah tu cuti masa bulan Ramadhan.
Jadinya supaya aktiviti menuntut ilmu ni tak terhenti dibulan Ramadhan memang sesuai sangat diadakan tazkirah masa tarawih. Memang boleh jugak adakan tazkirah tu selepas tarawih tapi kalau buat tarawih ikut 'tradisi' 20 rakaat agak-agak berapa orang sangat yang sanggup tunggu.
Lagi pun, dengan adanya tazkirah diantara solat tarawikh yang biasanya dibuat 8 rakaat, lebih ramai yang berpeluang untuk ikuti tazkirah tu, terutama sekali untuk orang yang kurang ada masa nak pi dengar kuliah di masjid dan surau pada bulan bukan Ramadhan, yang cuma ada masa untuk ke masjid pada bulan ramadhan sahaja. Paling kurang pun ada jugak depa peluang untuk tuntut ilmu walaupun cuma sebulan untuk setahun.
Lagipun takdak salahnya pun buat tazkirah antara solat tarawikh, malah nak berehat pi makan kerang rebus dulu lepas tu sambung buat solat tarawih pun tak salah. Malah aku rasa sangat-sangat tak kena kalau gunakan alasan 'mengambil tradisi' semata-mata untuk 'mengharamkan' tazkirah.
AstroAwani juga melaporkan:
Dalam pada itu, Harussani turut mengingatkan umat Islam supaya berlumba-lumba untuk melakukan ibadah pada sepanjang Ramadan tetapi jangan bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih dan sebaiknya mengambil tradisi pertengahan iaitu 20 rakaat.Lagi satu, aku tak faham apa yang dia maksudkan dengan 'syariat tarawih' tu. Ada sapa-sapa boleh tolong bagi pencerahan?
"Marilah kita berlumba-lumba. Kita jangan berlumba-lumba sampai 40 rakaat, jangan kita berlumba-lumba sampai 36 rakaat. Kita ambil tradisi pertengahan 20 rakaat dan jangan dirosakkan syariat tarawih ini dengan kita selangi perkara yang lain (iaitu tazkirah)," katanya. - Ibid.
Yang paling aku tak boleh terima hujjah dan logik yang Ust Harussani ni pasainya dia bagi semata-mata untuk menghalalkan tindakan Exco negeri Pahang yang mengharamkan tazkirah tarawih tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis