Katanya ada gerakan yang cukup hebat untuk memastikan 'kepimpinan ulama' kembali dipilih menerajui kepimpinan PAS terutama sekali untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden, tak sepatutnya pemilihan calon untuk PRK Kuala Besut bagi 'hint' yang berbeza kepada perwakilan.
mStar melaporkan:
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.
Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya. - mStar.
Harakahdaily pula melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long (gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. - Hrkh.Nampaknya telahan aku pasai bakal calon ustaz lawan ustaz untuk PRK Kuala Besut tu langsung tak kena, calon dari kedua-dua parti bukan dari kalangan ustaz dan dua-dua calon muka baru pulak tu, satu perkembangan yang agak menarik.
Walaupun Umno BN umumkan calon lebih awal, mungkin jugak Umno tak letak bekas kadhi Besut sebagai calon pasai depa dapat maklumat yang PAS pilih bukan ustaz sebagai calon.
Cumanya aku harap PAS pilih calon bukan dari kalangan ustaz bukan sebab dapat maklumat yang Umno tak jadi pilih bekas kadhi Besut sebagai calon.
Aku takmau perendang pasai kreteria pemilihan calon PAS untuk PRK ni pasai aku memang langsung takdak maklumat, malas aku nak sibuk-sibuk tanya sana sini korek maklumat.
Aku seronok tengok dari sudut lain, pasai apa kali ni PAS tak pilih Ustaz jadi calon, sedangkan sepatutnya dengan pemmilihan parti yang akan berlangsung hujung tahun ni, dan katanya ada gerakan yang cukup hebat untuk memastikan 'kepimpinan ulama' kembali dipilih menerajui kepimpinan PAS terutama sekali untuk jawatan Timbalan dan Naib Presiden, tak sepatutnya pemilihan calon untuk PRK Kuala Besut bagi 'hint' yang berbeza kepada perwakilan.
Lagipun dua orang ustaz dari senarai pendek bakal calon PAS untuk PRK Kuala Besut ni pun bukan calang-calang. Ustaz Nik Zawawi adalah setiausaha Majlis Syura' PAS manakala Ustaz Wan Azhar adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Besut. Kalau salah seorang dari dua ni dipilih pun rasanya takdak masalah pasai depa memang layak lagi 'berautoriti'.
Pada aku bila mesyuarat PAS Pusat pilih Che Long yang bukan dari kalangan ulama' sebagai calon, ianya menggambarkan macamana konsep sebenar kepimpinan ulama' yang PAS amalkan.
Tambah-tambah pulak Kuala Besut dalam negeri Terengganu, negeri Presiden PAS sendiri yang melahirkan cukup ramai tokoh ulama' veteran jugak ulama' muda dalam PAS. Kepimpinan Badan perhubungan PAS Terengganu sendiri pun bukan diterajui oleh ulama'.
Mungkin agak sinis dan boleh ditafsirkan macam-macam, tapi aku cukup tertarik dengan satu komen kat status facebook aku:
Kepimpinan kontraktor |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis