Ini lagi satu kenyataan yang bangang. Masalah ni sepatutnya tak timbul pasai SPR dah maklum kemungkinan masalah macam tu sebelum PRU13 lagi, malah itulah alasan pasaiapa SPR guna berus pada PRU13 lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, demonstrasi berkenaan penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal.
"Kita sudah pinda kaedah penggunaan dakwat kekal iaitu bukan lagi dicalit pada jari tapi sebaliknya perlu mencelup jari ke dalam dakwat. - mStar.
Inilah rupa kerja SPR, memanjang sibuk nak buat kerja bangang. aku kata bangang pasai sibuk nak buat kerja yang tak perlu pun sebenarnya tapi buat-buat pekak dengan benda yang perlu depa jawab.
Harakahdaily melaporkan:
Sama ada dicalit dakwat atau dicelup jari ke dakwat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memastikan dakwat yang akan digunakan pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut kelak benar-benar kekal.mStar juga melaporkan:
"Isunya bukan calit, celup atau mandi sekalipun. Isunya dakwat itu mampu kekal ataupun tidak. Sebelum ini, ada orang pertikai kena calit dakwat di jari mereka. Tidak ada. Yang orang pertikai apabila dakwat yang dikatakan kekal, tidak kekal walaupun baru selesai membuang undi," tegas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli. - Hrkh.
"Kita juga nak ingatkan orang ramai supaya jangan guna jari yang basah dengan dakwat untuk buat tanda di kertas undi. Ini banyak berlaku dalam PRU-13," katanya. - Ibid.Ini lagi satu kenyataan yang bangang. Masalah ni sepatutnya tak timbul pasai SPR dah maklum kemungkinan masalah macam tu sebelum PRU13 lagi, malah itulah alasan pasaiapa SPR guna berus pada PRU13 lepas.
Berita RTM melaporkan:
Selain itu, dakwat kekal itu akan dicalit menggunakan berus tanpa mencelup jari terus ke dalam botol dakwat. Langkah itu bagi mengelakkan kertas undi menjadi kotor. Dakwat tersebut akan kering dalam masa beberapa saat.
"Kami menggunakan berus. Ini adalah idea kami (SPR) sendiri. Kami tidak mahu jika pengundi mencelup jari ke dalam botol, dakwat itu akan menitis merata-rata. Kita sudah lihat ia terjadi di banyak negara yang menggunakan dakwat kekal." Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof - Youtube.
Kalau dalam youtube tu Abdul Aziz Pengerusi SPR dengan bangga cerita pasai apa tak celup jari kali ni pulak Wan Omar Timbalan Pengerusi SPR semacam membangangkan ucapan Abdul Aziz tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis