Bila dah ada tindakan macam tu tentu punya ramai pengedar yang cuak, tak berani nak juai akhbar-akhbar tu dan cerita pasai tindakan yang bakal dibuat tu tak ramai yang tau kecuali yang ada akses media baru terutama sekali yang kot kampung tempat yang dikuasai oleh calon Umno dalam PRU13 lepas.
Harakahdaily melaporkan:
Dr Hatta yang meminta agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pihak polis berfikir dengan waras dan menghentikan segera tangkapan bagi memastikan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila rakyat benar-benar bangkit mencari keadilan.
"Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku lebih banyak tangkapan melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga NGO-NGO,” ujarnya.
Mereka yang ditahan hari ini ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi NGO Asal Bukan Umno (ABU), Haris M Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar yang sekarang berada di lokap Balai Polis Jinjang. - Hrkh.
Takdak alasan lain yang lebih logik polis tahan 3 orang tu melainkan memang polis bersungguh-sungguh bersedia nak 'berperang' dengan demonstrasi jalanan kali ni.
Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, bila dah selesai PRU13 dan depa menang lagi, dah takdak sebab untuk kerajaan pimpinan Umno BN takut untuk ambil tindakan tegas kali ni.
Penahanan Tian Chua dan Haris Ibrahim memang langsung aku tak terkejut pasainya depa dua orang ni memang agak 'bahaya' dalam hal-hal berdemonstrasi ni. Depa berdua ni memang mampu buat sesuatu.
Yang aku tak fahamnya pasai apa Tamrin Ghafar. Aku tak berapa nak nampak relevannya dia ditangkap terutama sekali diperingkat awal ni. Tapi tak mustahil tindakan depa tangkap Tamrin tu adalah untuk bagi signal kepada golongan tertentu yanhg aku pun belum terfikir golongan mana.
Lepas ni, terutama masa Himpunan Blackout505 akan ramai lagi yang kena tangkap. Antara yang kemungiinan ditangkap esok temtu punya termasuk Che'guBard, sorang lagi yang cukup vokal pasai demonstrasi kali ni.
Dalam tindakan berkaitan mStar melaporkan:
Kementerian Dalam Negeri merampas beberapa buah akhbar tabloid disiarkan parti pembangkang kerana mereka didakwa mengedarkannya kepada bukan ahli parti.Tindakan ni jugak tentu punya ada kaitan dengan tindakan yang kat atas tu. Kalau pasai akhbar tu melanggar seksyen 5 tersebut patutnya dah lama tindakan macam tu diambil paling kurang pun masa sebelum PRu13 baru ni. Pasainya 3 akhbar tu memang jadi sumber maklumat utama untuk kempen Pakatan Rakyat selain dari melalui media baru.
Akhbar tersebut telah dirampas kerana telah melanggar syarat diperuntukkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, kata kementerian itu.
Seksyen 5 Akta tersebut mengehadkan pengedaran akhbar tersebut kepada ahlinya sahaja. - mStar.
Bila dah ada tindakan macam tu tentu punya ramai pengedar yang cuak, tak berani nak juai akhbar-akhbar tu dan cerita pasai tindakan yang bakal dibuat tu tak ramai yang tau kecuali yang ada akses media baru terutama sekali yang kot kampung tempat yang dikuasai oleh calon Umno dalam PRU13 lepas.
Nampak gayanya Himpunan Blackout505 akan ada geng kepala merah lengkap dengan watercanon dan geng penembak gas pemedih mata. Bagi yang dah lama ketagih air kimia dan gas pemedih mata, esok ada peluang la nak lepaskan ketagihan.
Ada kemungkinan aksi macam masa Himpunan Bersih 2 dan Bersih 3 akan berulang. Ramai yang mungkin akan kena belasah dikhalayak ramai sebelum diangkut dengan trak.
Utusan pada 18 Mei melaporkan:
Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN). - Utusan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis