Apa pun, itu parti PKR. Aku harap Parti islam Semalaysia (PAS) tak tangguh jugak pemilihan. Pasainya aku dah tak sabar-sabar nak tukar pimpinan kali ni. Yang mana yang dah lama dan yang tak sesuai dengan era mentadbir secara profesional sekarang ni patut sangat dah ditukar.
TheMalaysianInsider melaporkan:
PKR meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan parti selepas majoriti delegasi bersetuju dengan cadangan tersebut yang dibentangkan hari ini oleh Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail semasa Kongres Nasional Ke-9.
Saifuddin semasa membentangkan usul tersebut berkata penangguhan tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan tarikh pemilihan parti akan diumumkan kemudiaan. - TMI.
Pasai apa pulak nak tangguh pemilihan. Patutnya bila dah habih pilihanraya umum ni la paling sesuai untuk buat pemilihan.
Calon yang menang masa PRU13 baru ni tentu dah pasang angan-angan nak bertanding, mungkin dah pun ada plan macamana nak pastikan menang dalam pemilihan nanti.
Untuk calon yang kalah PRU13 pun tentu punya tengah susun strategi macamana nak pastikan kekalahan dia tak mengurangkan undi dari perwakilan.
Juga dilaporkan:
“Usul ini dicadangkan agar tempoh khidmat di Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilanjutkan tidak melebihi 6 bulan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti sehinggalah pemilihan dibuat,” kata Saifuddin semasa membentangkan usul penangguhan tersebut.Kalau pasai masalah pemilihan, memang kita boleh faham kut pasainya pemilihan sebelum ni memang bercelaru, serabut dan yang paling teruk sekali dilihat tak telus.
“Ia akan beri mandat kepada MPP untuk cadang pindaan perlembagaan hasil daripada input Cabang mengikut fasal-fasal berkaitan dengan pemilihan parti untuk dibentangkan dan diluluskan dalam satu Kongres Nasional Khas yang akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan,” tambahnya lagi. - Ibid.
Apa pun, itu parti PKR. Aku harap Parti islam Semalaysia (PAS) tak tangguh jugak pemilihan. Pasainya aku dah tak sabar-sabar nak tukar pimpinan kali ni. Yang mana yang dah lama dan yang tak sesuai dengan era mentadbir secara profesional sekarang ni patut sangat dah ditukar.
Dan aku yakin semua orang pun nak tukar pimpinan kali ni, cuma yang tak samanya mungkin takat mana depa nak tukar dan depa nak tukar dengan jenis yang macamana.
Kecuali la kalau pimpinan PAS Pusat bercadang nak pinda perlembagaan, nak ubah cara pemilihan yang ada sekarang ni kepada cara baru yang lebih demokratik, pimpinan di peringkat pusat tak lagi dipilih oleh perwakilan Muktamar Agung tapi dipilih oleh perwakilan mesyuarat di peringkat cawangan, ataupun sekurang-kurangnya di peringkat PAS Kawasan di seluruh negara.
Kalau macam tu aku sokong pemilihan kali ni ditangguhkan. Buat pindaan dulu, tahun depan kita buat pemilihan pun takpa. PKR dah buat, Umno akan menyusul, takkan PAS tak teringin jadi lebih demokratik kut.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis