Cerita disebalik kehilangan 133ribu mykad | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 24, 2013

Cerita disebalik kehilangan 133ribu mykad

Kesimpulannya, selagi Umno BN memerintah benda-benda celaka macam ni memang payah nak selesai pasainya kebanyakkan yang buat kerja ni memang orang Umno yang ada kabel untuk tutup kerja celaka depa.

mStar melaporkan:
Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.

"Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini Khamis. - mStar.  
Aku cukup setuju bila Zahid kata kehilangan mykad tu ada kaitan dengan sindiket.

Ada sorang member cerita dia ada sorang member penyokong Umno yang bertugas di Sabah asal dari Kedah.

Member kepada member aku tu cerita, dia dapat panggilan telefon dari pemimpin Umno kampung dia suruh balik, tiket depa nak bagi. Masalahnya dia tak boleh balik pasai ada urusan yang tak boleh nak tinggal.

Orang yang telefon dia tu suruh dia report MyKad dia hilang suruh buat MyKad baru. MyKad yang lama depa seruh member kepada member aku tu post ke kampung.

Bila member tu tanya nak buat apa, depa bagitau untuk mengundi la, ada pengundi hantu akan undi bagi pihak dia dan dia pulak dibagi sikit saguhati. Banyak mana saguhati tu dia tak pulak bagitau.

Member aku tu bagitau sampai tara tu punya Umno buat kerja memang tak heran la negeri Kedah depa dapat rampas balik.

Ada dua isu kat sini, yang pertama macamana orang lain boleh mengundi bagi pihak pulak. Benda kita buat dia, ikut pandai kita la. Tara orang PAS kut belah terengganu tu pun boleh mengundi dua kali, inikan pulak ada MyKad. Tambah-tambah pulak kalau kerani yang bagi kertas undi dalan tempat mengundi tu orang Umno memang senang sangat nak kautim.

Kalau kat kawasan kampung mungkin susah sikit pasai mungkin PACA kita kenal tapi kalau kawasan taman perumahan mana boleh kenal takat sebut nama. Nama sama pun ramai kut.

Isu yang kedua, berbalik kepada misteri kehilangan MyKad yang cukup banyak tu. Nak kata misteri apanya pasai memang ada sindiket yang buat kerja dcelaka macam tu.

Memang la tak semua, sindiket yang guna untuk tujuan lain pun belambak terutama sekali yang melibatkan bank. Pasainya bank sekarang ni nak kena ada mykad pasai depa kena buat pengesahan menggunakan MyKad yang akan dicucuk ke MyKad reader.

Bukan takat kalau takdak MyuKad tak boleh bukak akaun, MyKad yang chip sorak pun tak boleh.

Kesimpulannya, selagi Umno BN memerintah benda-benda celaka macam ni memang payah nak selesai pasainya kebanyakkan yang buat kerja ni memang orang Umno yang ada kabel untuk tutup kerja celaka depa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...