Sejarah kudeta Perak bakal berulang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 01, 2013

Sejarah kudeta Perak bakal berulang?

Cuma yang positifnya, proses penapisan dah pun berlaku selepas PRU12 dulu bila cukup banyak katak muncul. Yang tak tahan diuji dah pun melompat. Harap-harap kali ni kita tak dengar lagi alasan 'calon tangkap muat'.

mStar melaporkan:  
KUALA LUMPUR: DAP yakin yang Pakatan Rakyat (PR) berpeluang memenangi sekurang-kurangnya 125 kerusi parlimen di seluruh negara termasuk 12 kerusi parlimen di Johor, demikian menurut penasihat parti itu, Lim Kit Siang pada Selasa.

Malah katanya mereka juga berpeluang merebut setidak-tidaknya 21 kerusi parlimen lagi di Sabah dan Sarawak.

Sasaran PR tegas Kit Siang ialah untuk memenangi 125 daripada 222 kerusi parlimen di seluruh negara untuk memperolehi majoriti mudah dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru. - mStar.
Aku yakin ramai yang akan rasa sangat lega kalau ramalan DAP tu jadi kenyataan. Macam ramai yang kata kalau menang majoriti 1 kerusi pun dah cukup janji Umno BN dapat ditumbangkan.

125 dari 222 kerusi parlimen maknanya Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 28 kerusi parlimen. Maknanya kalau Umno BN ingin merampas kuasa macam depa rampas di Perak pada tahun 2009 Umno BN perlu beli 15 ekor katak.

Kalau tengok ke angka tu nampak gayanya selepas PRU13 nanti besar kemungkinan 'pasaran katak' tak akan tinggi sangat tinggi, tak macam di Perak dulu yang cuma perlu 3 ekor saja.

Tapi kalau ikut 'harga' yang PKR tetapkan seekor katak RM5juta maknanya Umno BN cuma perlu sediakan RM75juta untuk dibayar kepada PKR dan mungkin lagi RM75juta untuk dibayar kepada para katak berkenaan.

Angka RM140juta tu sebenarnya tak tinggi pada Umno BN. Tengok saja kepada berapa yang Abdul Razak Baginda dapat hasil komisyen kapal selam. Tengok pulak berapa nilai skandal PKFZ

Aku yakin cukup ramai cukong yang sanggup melabur kalau setakat banyak tu saja kalau pulangan yang bakal depa dapat nanti mungkin mencecah angka billion ringgit.

Walaupun angka 14 tu mungkin nampak tinggi tapi sebenarnya tak tinggi mana. Pasainya kalau tengok ke perebutan untuk jadi calon saja pun ramai yang sanggup berpaling tadah bertanding sebagai calon bebas bila tak dipilih sebagai calon parti.

Tak mustahil akan ada jugak yang sanggup berpaling tadah kalau tak dilantik jadi menteri kalau Pakatan Rakyat membentuk kabinet nanti.

Takkan takdak yang terliur untuk melompat kalau dijanjikan kerusi sebagai menteri pusat kalau depa setuju lompat. Terutama sekali kalau dari parti PKR sebabnya depa dah tak boleh dipersalahkan pasai PKR sendiri yang tetapkan syarat RM5juta tu.

Apa pun, untuk boleh tengok berlaku atau tidak adegan lompat melompat tu, Umno BN perlu ditewaskan dulu. Kalau Umno BN kekal berkuasa takkan ada adegan lompat melompat. Takkan kut Pakatan Rakyat sanggup nak 'bela' cukong macam Umno BN jugak.

Cuma yang positifnya, proses penapisan dah pun berlaku selepas PRU12 dulu bila cukup banyak katak muncul. Yang tak tahan diuji dah pun melompat. Harap-harap kali ni kita tak dengar lagi alasan 'calon tangkap muat'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...