Tak susah sangat kut kalau nak buat pengenalan diri palsu, kalau nak buat MyKad mungkin kut ada sikit payah tapi kalau nak buat kad pengenalan jabatan yang juga SPR terima untuk mengundi rasanya mudah sangat kut.
mStar melaporkan:
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak sebarang dakwaan PAS kononnya pengundi pos di kalangan petugas media dan suruhanjaya itu mempunyai peluang sekali lagi untuk mengundi sebagai pengundi biasa pada 5 Mei ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan berkenaan berniat jahat dan karut selain sengaja menimbulkan keraguan terhadap suruhanjaya itu.
"Ini semua karut kerana mustahil orang yang layak mengundi pos akan berpeluang mengundi sekali lagi sebagai pengundi biasa. - mStar.
Yang pertama sekali, bukan sengaja timbulkan keraguan tapi memang Pakatan Rakyat ragu sungguh dengan SPR, kalau tak ragu takkan Pakatan Rakyat sokong Bersih yang memang jelas meragui kemampuan dan ketelusan SPR.
Yang keduanya, pasai apa pulak tak boleh depa-depa ni mengundi dua kali? Lagipun jari depa belum dicalit dengan dakwat. Berbeza dengan anggota keselamatan yang mengundi awal, jari depa-depa ni dah dicalit dengan dakwat masa depa mengundi tu.
mStar juga melaporkan:
Beliau mengulas mengenai dakwan PAS kononnya wujud usaha agar nama petugas media dan SPR yang layak mengundi pos digunakan semula menggunakan nombor MyKad palsu untuk menjadi pengundi biasa pada 5 Mei nanti.Memang sangat-sangat berasas kebimbangan Aris Awang tu. Malah memang ada kemungkinan petugas media dan SPR sendiri terlibat dalam penipuan tu.
Menerusi sidang media sebelum itu, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang mendakwa penipuan itu boleh dilakukan kerana jari pengundi pos tidak dicalit dengan dakwat kekal seperti yang akan dilakukan kepada pengundi awal dan pengundi biasa.
Bagaimanapun Aris gagal mengemukakan bukti wujud pertindihan nama seperti yang didakwanya.
Ditanya sama ada PAS menuduh petugas media dan SPR terlibat dalam usaha penipuan berkenaan seperti yang didawa mereka, Aris bagaimanapun menafikannya.
Sebaliknya beliau sekali lagi mendakwa ia membabitkan petugas media palsu.
"Bukan petugas media di sini, ia mungkin petugas media yang direka... petugas media 'hantu' (pengundi hantu)," katanya. - Ibid.
Mungkin kakitangan SPR tak terlibat secara langsung tapi petugas SPR yang sebahagian besarnya dilantik untuk menguruskan perjalanan pilihanraya termasuk yang berjawatan utama macam pengurus pilihanraya adalah orang kepercayaan Umno kalaupun mungkin bukan orang kuat Umno.
Lagi satu, tak mustahil jugak depa-depa ni akan mengundi menggunakan identiti orang lain dengan pengenalan diri palsu.
Tak susah sangat kut kalau nak buat pengenalan diri palsu, kalau nak buat MyKad mungkin kut ada sikit payah tapi kalau nak buat kad pengenalan jabatan yang juga SPR terima untuk mengundi rasanya mudah sangat kut.
Tambah-tambah dengan adanya JASA yang walaupun dibayar gaji menggunakan duit rakyat tapi kerja depa selama ni semata-mata untuk Umno BN.
Sapa boleh halang kalau depa nak mengundi kali kedua? Depa bawak pengenalan diri yang 'sah' dan jari depa pun belum dicalit.
Dalam hal ni aku rasa Pakatan Rakyat tak boleh buat apa-apa, pasainya undang-undang dan peraturan menyebelahi Umno BN. Apa yang kita boleh harap cuma penipuan yang depa buat ni tak dapat mengatasi kebangkitan rakyat menolakk calon Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis