Dipukul hanya kerana pakai baju BN? Gila ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 29, 2013

Dipukul hanya kerana pakai baju BN? Gila ka?

Tapi bab konvoi ni memang payah nak dielak, terutamanya golongan anak muda yang baru semangat nak sambut 'raya' pertama kali yang biasanya memang ramai kaki rempit. Tara mana sangat kita boleh larang dan tara mana sangat depa nak ikut cakap kita.

Bernama melaporkan: 
SUNGAI PETANI: Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai. - mStar.
Juga dilaporkan:
"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya. - Ibid.
Takkan la cuma pasai pakai baju ada logo BN kena belasah. Agak-agak la sama kalau nak bagi Pakatan Rakyat nampak ganas pun. Tak patut sangat Bernama buat laporan standard ni.

Tentu punya ada sebab lain mamat yang pakai baju berlogo BN tu kena belasah. Tentu depa tak puas hati pasai lain. Gila apa pasai baju pun nak belasah. Biasanya kes-kes pukul ni tentu ada punca lain.

Mungkin mamat tu cabut bendera PAS kut, bila ditanya tak mengaku lepas tu buat aksi samseng kurang ajar pulak, lepas tu tentu punya depa bertengkar sambil maki memaki. Bila dah tak tahan tangan pun naik la.

Tapi kalau tengok ke laporan mStar tu, aku yakin punyanya pasai berkonvoi ramai-ramai. Mungkin mamat yang pakai baju berlogo BN tu tak tahan, sakit hati tengok konvoi ramai-ramai sambil buat buat bising bunyikan hon. Ada kemungkinan mamat tu baling batu kat peserta konvoi tu dan memang tak heran la kalau kena belasah ramai-ramai.

Aku tak tuduh mamat pakai baju berlogo BN di Tanjung Dawai tu cabut bendera atau baling batu tapi itu yang berlaku di Kuala Kurau semalam. Konvoi motor penyokong PAS kena punggai dengan batu kena sorang budak PAS sampai luka kepala lutut.

Budak yang kena tu kata dia nampak jelas budak BN yang punggai dia dengan betul bata tu dan dia memang kenai budak tu. Dia pusing balik cari budak BN tu sampai dapat. Bila dah dapat tentu la penumbuk naik ke muka.

Depa kata standard la budak-budak Kampung Raja Bashah, bab bergaduh ni memang biasa tak kira budak PAS atau budak Umno, pantang tak puas hati sikit memang hala ke nak bergaduh ja.

Pasai tu la aku kurang bersetuju konvoi ramai-ramai ni, tambah pulak kalau jenis takdak penganjur. Kebarangkalian untuk jadi benda-benda macam tu cukup tinggi. Berbeza dengan konvoi yang ada penganjur yang biasanya siap ada marshal dan taklimat keselamatan, dan biasanya aksi yang bersifat provokasi memang tak dibenarkan.

Tapi bab konvoi ni memang payah nak dielak, terutamanya golongan anak muda yang baru semangat nak sambut 'raya' pertama kali yang biasanya memang ramai kaki rempit. Tara mana sangat kita boleh larang dan tara mana sangat depa nak ikut cakap kita.

[Imej hiasan depa kata puteri umno diarak macam lembu]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...