Aku rasa Dr. Mahathir dah lama dah meluat dengan Najib Rosmah ni, kalau boleh dia nak Najib pun turun macsam dia berjaya turunkan Paklah. Tapi nak buat macamana, yang tu ja pilihan yang dia ada.
Malaysiakini melaporkan:
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. - Mkini.
Ingat kut kita ja yang meluat dengan Najib Rosmah, rupa-rupanya Dr. Mahathir pun dah nampak macam meluat dengan Najib.
Tak meluat macamana dah Najib lemah dan bangang sungguh. Nak bubar parlimen pun tak berani sampai sekarang sampai Dun Negeri Sembilan terbubar secara auto.
Kalau tengok ke statement-statement Dr. Mahathir sebelum ni, aku rasa Dr. Mahathir dah lama dah meluat dengan Najib Rosmah ni, kalau boleh dia nak Najib pun turun macsam dia berjaya turunkan Paklah.
Tapi nak buat macamana, yang tu ja yang ada.
Masalahnya kalau Najib letak jawatan yang akan naik tentu Muhyiddin Yassin. Aku tak rasa Dr. Mahathir akan berasa selesa kalau Muhyiddin Yasin naik jadi PM.
Kalau Muhyiddin Yasin jadi PM belum tentu legasi Dr. Mahathir akan selamat, masa depan Mukhris dalam politik mungkin takkan semudah masa Najib jadi Presiden Umno.
Pasai tu kut, Malaysiakini juga melaporkan:
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.Kalau Dr. Mahathir takdak masalah dengan Muhyiddin tentu Dr. Mahathir tak segan silu nak sebut nama Muhyiddin sebagai pengganti Najib.
"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis