Johor pulak disebaliknya, adalah negeri yang PAS cukup lemah sebelum ni, bukan saja PAS tapi juga PKR dan DAP dan Johor semua orang tau adalah negeri kelahiran Umno yang juga kubu kuat depa selama ni.
Malaysiakini melaporkan:
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.
Dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak. - Mkini
Aku rasa ramalan ni tersasar, atau mungkin lebih kalau aku kata aku harap ramalan Lim Kit Siang ni tersasar.
Mana cukup kalau takat boleh dapat 7 negeri, mana boleh nak kuburkan Umno BN kalau takat 7 negeri saja. Paling kurang pun kena dapat 9 negeri macam jangkaan Dr. Hatta.
Harakahdaily melaporkan:
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.Walaupun Dr. Hatta tak senaraikan nama 9 negeri tu, aku 7 negeri sama macam yang Kit Siang ramalkan dan 2 negeri tu aku agak-agak mungkin Terengganu dan Johor.
Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti. - Hrkh.
Aku yakin ramai yang boleh bersetuju dengan kemungkinan Terengganu akan dapat Pakatan Rakyat tapi mungkin ramai yang tak berapa yakin Johor pun Pakatan Rakyat dapat rampas.
Pada aku Terengganu 'wajib' Pakatan Rakyat rampas pasai Terengganu akan jadi 'report card' untuk PAS bagi PRU13 pasainya Terengganu adalah negeri yang PAS kuat selain Kelantan dan Kedah. Kalau tengok kepada sambutan program 'PAS ganti Umno' nampak harapan tu cukup besar.
Johor pulak disebaliknya, adalah negeri yang PAS cukup lemah sebelum ni, bukan saja PAS tapi juga PKR dan DAP dan Johor semua orang tau adalah negeri kelahiran Umno yang juga kubu kuat depa selama ni.
Cumanya perkembangan kebelakangan ni nampak sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat di Johor dan nampak jelas tanda-tanda tsunami politik yang tersekat setakat sempadan negeri Sembilan masa PRU12 akan melanda Johor pada PRU13 nanti.
Dengan pimpinan besar DAP macam Lim Kit Siang, Fong Po Kuan, M Kulasegaran dan mungkin beberapa orang lagi yang akan bertanding di Johor kali ni, tak mustahil boleh tarik undi kaum cina sehingga 85%.
Macam tu jugak dengan PAS yang hantar Salahuddin Ayub untuk balik bertanding dan mengepalai jentera pilihanraya di negeri kelahiran dia, tentu punya akan bagi kesan yang tak kurang besar.
Ditambah pulak dengan sektor pengundi Pos yang tentu punya terkesan dengan kemasukan cukup ramai veteran tentera. Macam tu jugak dengan sektor pengundi FELDA yang tentu punya terkesan dengan kontroversi saham FGVH dan kerjabuat Mazlan Aliman dan rakan-rakan melalui ANAK.
Jadinya memang tak heran kalau Johor pun akan jatuh ke tangan Pakatan Rakayat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis